Walaupun sudah beberapa hari berlalunya hari raya, masih belum terlambat untuk aku ucapkan kepada ahli keluarga, kawan2 yang jauh mahupun dekat, seluruh kaum muslimin dan muslimat seluruhnya: SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..
"hidup perlukan pengorbanan"
Aku tidak kemana di musim cuti korban ini. berkurung. sudah 3 hari rasanya tidak mendapatkan cahaya matahari. haha.. bila keluar pergi kelas esok agak2 boleh pengsan. (@.@)!
Kami di sini beraya awal sehari daripada Malaysia. setelah solat hari raya di masjid, aku dan ahli bait terus melangkah ke rumah member2 di sini untuk beraya bersama. dalam 3 atau 4 buah rumah jugak yang telah kami redah. rumah aku?? CLOSED HOUSE! haha.. alhamdulillah, terima kasih kepada kawan2 yang telah menyediakan juadah di rumah terbuka yang semestinya sedap belaka sampai buncut perut dibuatnya.
Biskut raya, kuih muih, coktail, nasi himpit, lontong, soto, mee kari, nasi bukhari, nasi minyak dan rendangnya, rendang tok, nek, cu, cit ..semua ada. semua itu bercampur baur di dalam stomach ku ini yang distended selama sehari. keesokan harinya aku serik dan tidak keluar rumah beraya dah. haha.. =P
Sebelum bercuti hari tu, aku berazam untuk revise O&G, tapi, apakan daya. azam ku tidak kesampaiaan kerana aku telah terbabas pergi melancong ke Korea selama beberapa hari, melihat actor2 King Baker Kim Tak Gu membuat roti2 yang nampak sungguh menyelerakan. sehinggakan aku berangan-angan ingin membuka bakery sediri.hohohohooo (^.-)
Esok dah start klas balik. kenapaaaaa???? haih. begitu tidak bersemangat rasanya. neuropsychiatry round ini tidak menarik minatku nampaknya. dan sememangnya aku tidak bercita-cita untuk menjadi pakar saraf ataupun pakar sakit mental. kang lama-lama aku pula yang seangkatan dengan mereka yang sakit jiwa. nauzubillah...
Semalam aku bersama teman telah menonton movie (di atas katil saja) : Shutter Island. siapa yang tak tengok lagi, tengoklah khususnya budak-budak yang tengah ambil neuropsychiatric round sekarang ini. memang mental la movie ni. permulaan yang berbelit-belit sehinggalah kami faham akhirnya jalan cerita nya. di situ, aku mula faham bahawa nak mengambil full history from mentally ill patient is not easy and history itself are too long. untuk memulihkan mereka bukannya mudah. untuk mengawal mereka amatlah susah. maka, i don't want to be a psychiatrist!!
Semoga aku lebih bersemngat esok dan hari-hari seterusnya. mid term dan osce exam 2 minggu lagi ye. maka, be ware and prepare yourself properly.. gud luck to me and adios!
wallahua'lam....
Di pagi raya yang indah - bersama ahli bait ku yang cun =P |