Showing posts with label SukeSuki. Show all posts
Showing posts with label SukeSuki. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Summer's Project (Crochet Mania)

I can't believe that i'd already learn and pre-pro in crocheting. haha.. tangan pun dah terbiase pegang crochet hook. dah synchronized da. happy!! (^.^). mase dulu-dulu teringin sangat nak belajar kait/crocheting. akhirnya, minat nak belajar tak menghalang utk mencuba bakat baru. kesenian & kreativiti yang perlu dicungkil dari dlm diri. some secret of mine revealed!! : P

Dan ini lah hobby sy time2 senggang during summer's holiday. petang2 tangan mula menggatal nak mengait. mmg syok dan menyeronokkan bila dapat hasilkan crochet yg sebelum ni kita tak pernah imagine yg kita akan hasilkan sendiri. satu kepuasan yg berganda!! 

learn .. learn .. learn & learn

There are some product of crochet i successfully produce till now. just some simple things because i'm still beginner. bila dah pro baru boleh cuba buat big project & yg lebih extreme (bila ada masa) :))

Crochet fingerless gloves <3

crochet pencil box :)

crochet purse :)

crochet mini basket :)

crochet round :)

crochet hard disc cover / iphone's bag :)

crochet mini bag :)

crochet baby mitten <3

crochet baby bootie <3

Anda cuba lah try meng-crochet. best! semua ni sy follow and learn from you tube crochet tutorial mostly from Terresa. sangat senang dan dia ajar pun jelas & easy to follow. bnyk je crochet's website yg serve and show many type of crochet that we can do. tapi utk yg mahu mula cuba better learn basic stitches first, master it and then u can produce anything easily... (^-^)


Wednesday, May 11, 2011

Lepuk Kang!

Sedap nye makan lepok durian. org bandar panggil dodol durian. ke? betul kot. tapi sy rasa macam lain je lepok durian dgn dodol durian. ke sama je? aaah, asal ade durian sudah. huhu. sesudah berape dekad lepok durian yg dibawa khas dari Malaysia akhirnya dikelurkan juga daki kotak simpanan makanan. walaupun rasanya tak la sesedap nenek sy pernah buat, tapi boleh la. cukup syarat nk hilangkan kemengidaman utk makan durian ni. =P 

DURIAN CAKE  =D

Housemate sy tak layan lepok2 durian ni. ada yang tak suka sngat makan durian, ade yang x leh bau. hilang 1 nikmat. segala jenis makanan berinti / berasaskan durian, fuh.. no 1. terbaik! memamg menjadi kegemaran lah. bubur durian, jemput-jemput durian, pulut durian, gulai tempoyak ikan patin, tempoyak+budu... wuuu. sedapnye!! salivating... kalau lah durian ada kt mesir ni kan, borong 1 lori!!

Tadi, wlpn makan separuh lepok durian tu, badan mula rasa panas. penangan durian sungguh. walaupun bukan daripada isinya yg betul-betul, tapi dapat menghangatkan system-system badan aku yg x seberapa besar ni. =P bak kata org "kecil-kecil cili padi, pedasnya tak terperi, semasak-masak dodol durian, panasnya masih ada lagi" ^o^

Bila makan lepok durian ni, teringat kt arwah nenek. masa zaman budak-budak sekolah, pernah kene buli dengan nenek kacau lepok durian berjam-jam kt atas dapur. sebab nak makan sangat kan. kacau punya kacau sampai tangan ni dah macam kayu pengacau dah. nasib baik tak kacau directly gune tangan je. haha.. walaupun penat gile tapi sy tak kesah sebab nak makan sangat-sangat time tu. dah bnyak kali pujuk, bodek2 nenek suruh die buat lepok, akhirnya nenek surrender. hasilnya lepuk nenek aku memang umph la. terangkat ibu-ibu jari kaki. mmg sedap giler. tengok la sape yg buat dan sape yang kacau kan =P thumbs up nek!! tu la lepuk durian yang paling best aku pernah makan. rindu nenek!! semoga nenek bersama-sama kekasih Allah di sana :)

Kat mesia dah mula musim durian ni nampaknye. baru je td calling. aaaaa.. nk jugak!! boleh tak balik mesia kejap ambik, packing2 durian je bawak balik sini?? ke ada sape2 yang bermurah hati or bukan tuan haji bakhil tak tolong post kan durian sejibik pon jadi. haha =P kidding! selamat makan durian lah org mesia ye. kiwe kt sini makan lepok je laaaa. tu pun dua batang je ade... :D


Friday, April 22, 2011

Earth Day


The earth is the planet given to us by God to live on. Despite what scientists might have us believe, it is the only planet in our solar system that can humanity comfortably inhabit. The earth is a paradise for the creatures that live on it. Every species on earth has its place in the circle of life. Human beings need food, clothing, shelter to survive. All of these are provided in ample supply on God's green earth. It is an unfortunate fact the we have not taken good care of the land that has been placed in our guardianship. Hopefully, it is not too late.


Today is Earth Day
Every day is Earth Day
Let show our love towards the land that we are standing on 
Rescue the Earth as we rescue our life






Earth is excellent
And with many plants
Round and round it goes.
The earth is dying
Help it now !

Wednesday, April 13, 2011

La La La La

Alhamdulillah.. akhirnye!! khalas imtihanat. saat yang ditunggu-tunggu oleh kami-kami yang tak sabar nak menghabisi last paper akhirnya tiba jua. comprrrrreeeeeeeeeeetttteeeee!! gaya G-dragon (rase nk menjerit dalam lect hall td, tp terbantut..malu) haha.:P happy happy.. :)

Habis saje exam ape lg, laju saja kaki menuju ke destinasi yang telah dirancang sebelum ini. jalan-jalan bersama dgn ahli bait mmg sangat best. we were really enjoying our time together in Egypt. almaklumlah 3 sem lg dah nak habis daaa. rase macam kejap saja. tp bila time kritikal rase macam kura-kura tengah berjalan. lama. tp buat masa ni saat genting telah berjaya kami atasi. syukur..

Isi perut, isi mata, buang duit sket..uhuk..petangnya, kami bahagia pulang ke rumah. tp frontal headache pulak datang menyerang.  kerana terlalu shock dengan kegembiraan yg tak dapat nak di describe kan agaknya. tak pa lah. paracetamol bnyk. telan saja. 'what is the cause of boy's headache?' aaah.. dah dtg dah memory soalan dlm kertas peds td. ish3. headache, please go away.. *-*

Mengenai last exam jgn ditanya bagaimana. >.< dah usaha bersungguh. tinggal tawakkal dan doa. insyaAllah kheir. wlpn kadang-kadang kita rasa usaha yang banyk itu tidak terasa kepuasannya dengan apa yang kita curahkan di atas kertas exam. paham ke? sy pon x paham benanye ni. hurm. tak mengape. abaikan..

Hoh, esok start new sem dah. tak sabo-sabo teh. tp tak mengapalah. rasa bosan pulak kalau asyik cuti saja. rindu nk masuk kuliah. icecee.. at least ok la wlpn x da cuti lg after exam final sbb nya kan dah dapat sebulan lebih cuti baru-baru ini kt malaysia plak tu wlpn oliday tu x pernah tenang. cukuplah nak merungutnya. orang bagi jaguar nak ferrari pula. huhu. semangat!! kene bersemngat pergi kuliah belajar telinga, idung, tekak.!! walaupun ada terfikir "oh, esk ade kals ke?x tau pun" hehe.. buat-buat lupa pula.

mari bergumbira bersama
HAHA & BIG BANG!! 
la la la la  la la la la la la la
^_^


hahaha.. nice dance. buat senaman aerobik harian pun boley jugak ni ^_*

p/s: alamak, dah pening, diplopia. alamak alamak.. gud nite... out~

Sunday, April 10, 2011

Di Sini Ada Hantu

Time-time exam ni la rajin pula tngan ni menaip-naip papan kekunci laptop lame ni. tadi pagi paper O&G dah selamat. tinggal Peds pula. kami telah secara rasminya mengucapkan selamat tinggal kepada buku-buku o&g yang ditatap, ditimang, dibelai sepanjang musim peperiksaan kali ini. balik je rumah siap simpan terus dlm almari. tak nak tengok dah. tak laraaaattt >.< 'differentiate candida and trichomonas vaginal infection' ..??? whaaat?? ter exophtalmos mata ni dibuatnye. prof, tu sub tahun lepas la prof. aduh. menggoreng sakan la sy tadi. keluarkan segala memory yang masih tersisa mengenai dua makhluk tu. betul ke tak wallahua'lam. sabo je laaa..

A: "oii.. p bukak peds la pulak nye!"
B: "uhuk.. lek lu mek. tensen x lepas lg ni. makan-makan dulu, minum-minum dulu, baring-baring sket, layan lagu, makan lagi.. lek lek"
A: "banyak laa lek. melelek depan ketas peds baru padan muke hang"
B: "blup.. meh sini meh kite pekena JU-ON ka, cita antu ka, best gak ni ilangkan tensen. aku tgk hang asek tensen je balik exam tadi. meh sini meh"
A: "JU-ON? bunyik macam gempak. syook tuh."
B: "amboih bukan tadi hang siap berceramah kat aku suh stdy macam-macam, sakarang laen plak jdnye"
A: "ahaa.. lek lu meeekkk.." :P

Maka, kami beberapa orang ni terus duduk mengadap laptop. walaupun crite baru je sket buffer nye, punat play ditekan teros. tak sabar. siap dengan bantal dan selimut ikut join. ye la kan, kita kena siapkan payung sebelum hujan, langkah berjaga-jaga. almaklumlah, bila cikTU klua, cepat-cepat boley cover. tak sanggup kate mereka nk tgk cikTU. mereka la. sy tak. haha. mana syok tutup mate, telinga sume-sume tu. dah nak tgk cite gtu kene la tengk dia beraksi. punya la die make up putih tebal-tebal, pakai rambut panjang-panjang, siap merangkak-rangkak turun tangge, panjat itu ini, baju compang camping penuh darah, kite x nak plak tengok die berlakon. ish3. tergeleng-geleng kepala sy..

Biasanya kalau member tengok crite berunsur seram ni mesti ajak sy punye sabab sy boleh jadi pencerita diorang bila mata diorang tutup time cikTU keluar. mula lah tanye, "ape jadi bidt? abidt, die buat ape bidt? die kat mane bidt?" haha.. sian sy. jenuh nk menjawab nye.tapi x pe lah. sy relakan saja. :) 

A3uzubillahhi mina ashsyaitan arrajim..
Movie JU-ON 1 dan 2 ni sebenarnya dah lama tengok. saja nak aplikasi Mental Health, risk taking behavior. dengan tengok cerita hantu ni risky behavior tau. lebih-lebih lagi di musim-musim exam ni.sengal~ memamg JU-ON adalah cerita hantu yang paling best sy pernah tengok. hantu die memang klas gtu. yang part sy paling gugup sket time kat studio, ade rambut palsu yang boleh memanjang tetibe dan jatuh atas lantai dengan sendirinya then merangkak-rangkak. haha. anti-rambut palsu! JU-ON 3 belum di layan lagi. tak tahu pulak ade JU-ON 3. tak pe. aim after abis last exam. hadiah untuk otak yang banyak bekerja. haha..

Usop Wilcha :D
Cerita hantu KAK LIMAH BALIK RUMAH, memang meletop lah sy rasa. sejak dua menjak ni tak habis-habis sy dengar pasal cerita tu. bagi impak besar nampaknya. masyarakat mudah terikut dengan watak-watak lucu dalam cerita tu esp Usop wilcha tu. haha.. seeloknya yang mana yang baik kita ikut, yang mana tak perlu tak payahla jadikannya satu ikutan. dari segi pengalaman sy menonton filem seram melayu ni, sy rasa tak teruja. tak setanding dengan adegan seram filem-filem seram daripada negara thai, korea, jepun ke. western pun sy x minat sangat nak tengok. bnyk adegan yang tak sepatutnya. tak suka. tapi sejak dua menjak ni filem melayu bnyk mengeluarkan cerita seram berunsurkan komedi. bila di layan, boleh tahan jugak lah wlpn hntu die tak seseram filem luar negara. sesuai la untuk santai-santai, ringankan beban fikiran. yang best stakat ni aku tengok filem Nyangkung, Hantu kak limah balik rumah and ... tak ingat dah. wlpn ade unsur seram komedi, unsur-unsur pengajaran bnyk jugak diterapkan dalam cerita tersebut. tetapi massages untuk disampaikan oleh masyarakat sampai ataupun tidak tu wallaua'lam. harap-harapnyalah masyarakat kita memandang apa yang tersirat drpd tersurat. bukan hanya tonton saja, bergelak ketawa tapi habuk pun tada...

Cukup-cukup lah bercerita pasal cerita hantu. kang Toshio datang jenguk bawah katil baru tau. x pun berlari kt ruang tamu sambil pegang kucing hitam die tu. gerrr.. haha. tadi pun masa tengah dinner bersama diorng sume kat ruang makan, tetiba bunyi alarm drpd henset salah sorang member sy. mula-mula slow, lama-lama makin kuat pula... 

A: "hah, ade org bawakkan ke enset  tu ke mari? meh sini meh. makan nasi sama-sama"
B: "org??? mane dah ade org lain. sume kat cni lah!"
...... senyap seketika, mate sorang-sorang terbuntang luas....
C: "kahkahkah...tu ascending mode la. adu la korng ni. terpengaruh!" baru tersedar drpd lawak buruk tadi.

Ketawa tersedak-sedak kami di buatnya. nasib baik tak ada pseudobulbar syndrome, klu tak tersedak nasi masuk hidung. :P tapi bila dibayangkan balik, klu la betul...sume tak tidur sorang-sorang dalam bilik..gerrr

Adulahai. hari ni bnyk bergelak ketawa nampaknya. kene muhasabah diri balik ni. bnyak terleka, terlalaikah aku hari ni? amalan untuk Tuhan bagaimanakah?? maka, timbang tara balik, wallahua'lam dululah. ku mengundur diri dari kisah di sini ada hantu, di sana pun ada juga.. hihi :)


p/s: tak pernah try tengok cerita seram kt wayang. screen besar mesti lagi havoc kan kan kan..? hoho. selamat enjoy hari-hari anda dengan.............. :P

Friday, April 8, 2011

Can U Feel My Heartbeat?


'Can you feel my heart beat? heartbeat... heartbeat...' 

lagu 2PM rancak kedengaran berulang-ulang seperti juga denyutan jantung aku. palpitation. restlessness. agitation. anxious. increase sweeting. flushing. of course i'm not having signs of obstructed labor. haha. seriously, autonomic nervous system aku hyperexcitable malam ini. mungkin effect daripada pengambilan kopi yang rasanya tidak berlebihan. mana taknya, susu cair tumpah banyak dalam cawan. tak sedar susu dah setebal buku O&G dalam cawan yang tak seberapa tinggi. leka depan laptop! tin susu tertonggeng dibiarkan di dapur tanpa pengawasan dan akhirnya aku pasrah minum air kopi susu ++++. manis!! 

mungkin BIGBANG special edition mini-album mereka dah keluar semalam yang telah membuatkan aku seperti ini. seriously, bile je dah keluar, terus aku download lagu2 mereka..haha. cepat je tgn ni tekan butang dwld. nak beli album almaklumlah kat mesir ni mane la ade jual. tp klu ada pun mungkin akan berfikir berjuta kali sebelum beli kot. sengal~ but really their songs are superb! berbaloi aku tunggu ketibaan mini-album mrk yang terbaru ini di youtube. sekarang tunggu keluar MV pula untuk lagu LOVE SONG. x sabarnye!! 

GD, TOP, Taeyang, Daesung, Seungri !! ya'll real superstars!! 

i never hate this LOVE SONG ! ^_^

exam! bang bang bang.. berdentum lagi jantung aku. >.< neuropsych dah selamat. tinggal 2 gajah gergasi lagi. eotokae!! rasa macam nak cepat-cepat habis exam. tak sabarnya! wlpn paper yag lepas tak berapa, bnyk salah daripada betul, banyk kantoi, akan aku teruskan usaha utk yang ada lagi ni. never give up but sometimes feel down. heart broken dengan paper neuropsch and mid term O&G. mmg lepas je balik exam aku mengalami kemurungan dalaman selame beberapa jam. lain kali, please don't be so careless!!. use ur mind ultimately when facing exmntion's papers and always believe that you can do it. trust. have faith. Allah always be there for you... 

ok. sekarang jom focus untuk O&G dan Peds. stelah puas membebel, sambung bukak buku lah pula ye. semoga semangat tidak patah, makin kukuh seperti bersemangatnya penduduk mesir yang berani menegakkn hak mereka. riot riot riot. riot for the future.. :)


Monday, March 28, 2011

Rezeki Allah


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah

Sangat seronok hari ini. gembira sehinggakan sy rasa nak guling2, lompat2. begitu happy nya perasaan sy hari ni. syukur tak terkata. berita yang tak terduga melonjakkan perasaan sy tadi petang. berita gembira daripada kakak. akhirnya penantian my sis and brother in law untuk mendapatkan cahaya mata berakhir jua. setelah dua tahun mendirikan rumah tangga akhirnya mereka telah dikurniakan rezeki anak oleh Allah yang sentiasa mendengar doa yang tak putus daripada hambanya. 

Firman Allah s.w.t tentang terjadinya kita, manusia;


{ ولقد خلقنا الإنسان من سلالة من طين. ثم جعلناه نطفة في قرار مكين. ثم خلقنا النطفة علقة فخلقنا العلقة مضغة فخلقنا المضغة عظاماً فكسونا العظام لحماً ثم أنشأناه خلقاً آخر فتبارك الله أحسن الخالقين }. المؤمنون 12-14.
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”. [Al-Mu’minun: 12-14].


Congrate sis! you will be a good mom insyaAllah. i know you can. satu lagi anjakan dan peralihan baru dalam hidup dia. daripada menjadi seorang anak > pelajar > isteri > guru > ibu... insyaAllah.

Tak sabar untuk menyambut ketibaan insan baru yang akan menambahkan lagi kemeriahan keluarga kami. si baby kecil yang akan mengkepohkan lagi suasana. kehadirannya amat dinantikan kami seluruh keluarga. cucu sulung la katakan. teruja nya sy. nanti sy berpangkat makcik la nampak gayanya dlm beberapa bulan lg. >.< nmpak macam dah tua. haha.. ;P 

"wahai penduduk bumi semua, sy dah nak ada ANAK....saudara!" hehe.. :D

EDD die belum tau lg. nmpak gayanya dlm bulan 10/11 jugak lah. ini yg membuatkan sy resah gelisah. sy nak balik time kakak sy in labor! sy nk merasa pengalaman bersama ahli kelurga menyambut baby baru. klu boleh nk masuk labor ward tu skali. nk apply apa yg dah belajar di departmn O&G selama 2 thn ni. iceh. x ley bla kan.haha.. tapi apakan daya, new sem mungkin dah start time tu. >,< melepas lagi la nampaknya. dah la wedding kakak sy hari tu pun sy tak balik. aaaaa...sedih2.. =(

Semoga kakak sy menjalani hari2 sebagai pregnant women dengan sempurna dan jayanya, di kurniakan baby yg comel,sihat, pintar, soleh dan solehah mcm aunty2 die ni. =P doa tak kan pernah putus utk kesejahteraan mereka di sana. tiba2 homesick la pulak.. 


Wallahua'lam... :))))))

alaahai..comel nyew awk!

 p/s: saya happy giler2!


Wednesday, March 9, 2011

Otaakk

Astaghfirullah.. ish2 (tergeleng2 kepala). boleh plak aku lupa step of neonatal resuscitation. aduu. punye la dulu blaja pam-pam baby patung dgn ambu bag vigorously, repeatedly. Dr asik ulang-ulang plak tu. setiap hari. tak jugak melekat. hayyook. ape dah jd ngan otak. otak, ooo otak. jgn la kamu berkarat. otak x cukup vitamin kot. haha. mungkin minum kopi bnyk sngt sampai otak bertukar warna seperti kopi?? heh, boley pakai ke teori ini?? toing2.. =P

nah.. bg melekat teros!
Yeay!! balik egypt 19.3 (mode acceptance). padahal dlm hati meronta nak balik awl sbb dah rindu giler kat mesir. ahaks. rindu la sangat. rindu nak naik tram. sengal~ exam oh exam. klu x de exam pasti suke ria bercuti. nak balik lewat pon tak kesah. tp bila difikir balik, elok juge exam menanti setibanya kami pulang supaya otak kami sepanjang cuti ini tak lah lupa akan ilmu-ilmu yg ditimba sblm ini. x berkarat sangat. mungkinlah ada sedikit. haha.


Ernest-Because I'm Weary
- gila akan lagu ini -



p/s: x sabar nk kua date ngn my sis. bila klua dgn org yg dah bergaji ni pasti seronok. haha =P 

Thursday, November 11, 2010

First entry

BISMILLAH. akhirnyaaaa!!! argghhh!!! setelah 2 hari aku try cube test utk mencuba-cuba membuat blog, baru sekarang menjadi. tersekat-sekat. tenet pulak nazak barangkali. slow mcm kure-kure. mungkin saje je tak nak bg aku create new blog. actually aku bukannya 1st time jd blogger, before this i already had 2 blogs but i threw them all into dustbin.haha.. bosan kot dengan yang lama bukak la yang baru. bak kata org dahalu kale, buang yang keruh ambil yang jernih, tutup buku lama buka buku baru.
tutup friendster bukak facebook..lol

kenapa aku tetibe nak create blog sendiri??
"selame ni aku asyik mengusha-usha, mengambil sedikit sebanyak info2 yang berguna dari blog2 org lain, terasa diri ini juga mahu menyumbang. tak banyak, sedikit pon jadilah.."

zaman muda mudi dahulu, diari lah menjadi tempat utk meluahkan segala isi hati, memories dan ketidak puas hati. tp sekarang ni dunia sudah berubah. dunia IT. dunia cyber. segala ada dihujung jari sahaje. tambahan pula, kalau guna diari,buku ke, kertas ke, kesian kt pokok-pokok. mane tak nya buku tu kan asal usul nya dari pokok. cintailah alam sekitar..haha. dakwat pen pon jimat. x perlu nk beli banyak2.. betol x??? 

Itu sahaje lah sebagai pendahuluan. harap2 nasib blog ni tak lah seperti nasib2 blog yang terdahulu.huhu.. wish me good luck & success selalu .. (^______^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...