Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Monday, March 28, 2011

Rezeki Allah


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah

Sangat seronok hari ini. gembira sehinggakan sy rasa nak guling2, lompat2. begitu happy nya perasaan sy hari ni. syukur tak terkata. berita yang tak terduga melonjakkan perasaan sy tadi petang. berita gembira daripada kakak. akhirnya penantian my sis and brother in law untuk mendapatkan cahaya mata berakhir jua. setelah dua tahun mendirikan rumah tangga akhirnya mereka telah dikurniakan rezeki anak oleh Allah yang sentiasa mendengar doa yang tak putus daripada hambanya. 

Firman Allah s.w.t tentang terjadinya kita, manusia;


{ ولقد خلقنا الإنسان من سلالة من طين. ثم جعلناه نطفة في قرار مكين. ثم خلقنا النطفة علقة فخلقنا العلقة مضغة فخلقنا المضغة عظاماً فكسونا العظام لحماً ثم أنشأناه خلقاً آخر فتبارك الله أحسن الخالقين }. المؤمنون 12-14.
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”. [Al-Mu’minun: 12-14].


Congrate sis! you will be a good mom insyaAllah. i know you can. satu lagi anjakan dan peralihan baru dalam hidup dia. daripada menjadi seorang anak > pelajar > isteri > guru > ibu... insyaAllah.

Tak sabar untuk menyambut ketibaan insan baru yang akan menambahkan lagi kemeriahan keluarga kami. si baby kecil yang akan mengkepohkan lagi suasana. kehadirannya amat dinantikan kami seluruh keluarga. cucu sulung la katakan. teruja nya sy. nanti sy berpangkat makcik la nampak gayanya dlm beberapa bulan lg. >.< nmpak macam dah tua. haha.. ;P 

"wahai penduduk bumi semua, sy dah nak ada ANAK....saudara!" hehe.. :D

EDD die belum tau lg. nmpak gayanya dlm bulan 10/11 jugak lah. ini yg membuatkan sy resah gelisah. sy nak balik time kakak sy in labor! sy nk merasa pengalaman bersama ahli kelurga menyambut baby baru. klu boleh nk masuk labor ward tu skali. nk apply apa yg dah belajar di departmn O&G selama 2 thn ni. iceh. x ley bla kan.haha.. tapi apakan daya, new sem mungkin dah start time tu. >,< melepas lagi la nampaknya. dah la wedding kakak sy hari tu pun sy tak balik. aaaaa...sedih2.. =(

Semoga kakak sy menjalani hari2 sebagai pregnant women dengan sempurna dan jayanya, di kurniakan baby yg comel,sihat, pintar, soleh dan solehah mcm aunty2 die ni. =P doa tak kan pernah putus utk kesejahteraan mereka di sana. tiba2 homesick la pulak.. 


Wallahua'lam... :))))))

alaahai..comel nyew awk!

 p/s: saya happy giler2!


Saturday, December 25, 2010

A Call

       Semalam call family tercinta. owh, miss them like crazy. nasib baik call clear je. alhamdulillah. my mom pun tak complain dah. rindu my mom's voice!! but my dad and the youngest bro were not at home. sob2.. next time kite borak2 lg. anyway, banyak news yang dapat dikorek dan 'ter'bocor semalam. memang nice lah.huhu.. 
       My sister dah start kerja. being flexible teacher in a school which surrounded all around by forests.haha.. sekolah ulu mana la yang dia dapat. apapun bersyukurlah kerana masih diberi dan dipermudahkan rezeki oleh Allah s.w.t. Dapat gaji 1st mesti seronok giler. katanya hendak dibuat kenduri nanti. alhamdulillah..jgn lupa orang di sini juga ya =P
       Adik aku dapat anugerah dekan lagi. memang hebat. kalah aku nampaknya. tahniahlah ye cik adik skema =P. 
       Adik aku lagi yang telah habis exam besarnya itu banyak membuang masa dirumah nampaknya. goyang kaki selepas pulun study yang rasanya tak lah rajin bebenor pulunya. tak pa lah. setiap individu itu ade tahap keupayaan diri sendiri. just do your best and be a good son. jangan buat masalah banyak ye. =P 
        Adik aku lagi sudah pandai bawa motor nampaknya. boncingkan my dad ke surau dah. nice! maknanya, adik aku dah semakin meninggilah dan matang nampak gayanya. tambah lagi driver moto kat rumah. yes! dia cepat betul membesar tapi tidak melebar. kurus kering sampai dari jauh dapat aku bilang ribs dia. =P
        Rumah sudah siap renovate. cuma dinding tidak bercat lagi kata my mom. mana tak nya, hujan mencurah-curah turun setiap hari. rumah arwah nenek aku di pasir mas sure dilanja banjir tapi rumah tu jenis rumah yang tiang tinggi. jadi tidak risau sangatlah jika air bah naik. wah, tiba-tiba rindu untuk mendayung kolek kecil, berenang bersama saudara mara di sana + lintah besar-besar. (>.<)!  
        Sepupu aku dah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. aku bila pula?? haha.. sabar itu separuh dari iman. bagi chance kat orang-orang tua dulu menjadi raja sehari. semoga anda berbahagia selalu ya =)




wallahua'lam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...