Friday, August 10, 2012

Mengejar malam seribu bulan

" mari mengejar Lailatul Qadr, bukan menunggu ianya datang "


“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan.” (QS. Al Qadar: 1). Keberkahan dan kemuliaan yang dimaksud disebutkan dalam ayat selanjutnya (yang artinya),
“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS. Al Qadar: 3-5). 


maka marilah menghidupkan 10 malam terakhir ramadhan dengan giat beribadah, membangunkan keluarga untuk melakukan ketaatan kpd Nya, menjauhkan isteri drpd berjimak bg yg telah berkahwin. berzikir, bertahmid, solat dan mohonlah keampunan sebnyak-banyak nya serta mohonlah moga di dekatkan dan dimasukkan ke dlm syurga Nya. antara doa yang boleh diamalkan:


sesetengah wanita khususnya rungsing atau tidak tahu bagaimana mereka boleh menghidupkan malam lailatul qadar sedangkan mereka dlm keadaan tidak berrsuci. Juwaibir pernah mengatakan bahwa dia pernah bertanya pada Adh Dhohak, “Bagaimana pendapatmu dengan wanita nifas, haidh, musafir dan orang yang tidur (namun hatinya dalam keadaan berdzikir), apakah mereka boleh mendapatkan bahagian dari lailatul qadar?” Adh Dhohak pun menjawab, “Iya, mereka tetap boleh mendapatkan bagian. Siapa saja yang Allah terima amalannya, dia akan mendapatkan bagian malam tersebut.” (Latho-if Al Ma’arif, hal. 331)

Dari riwayat ini menunjukkan bahwa wanita haidh, nifas dan musafir tetap boleh mendapatkan bagian lailatul qadar. Namun kerana wanita haidh dan nifas tidak boleh melaksanakan solat ketika kondisi seperti itu, maka dia boleh melakukan amalan ketaatan lainnya. Yang dapat wanita haidh lakukan ketika itu adalah: 
(1) Membaca Al Qur’an tanpa menyentuh mushaf, 
(2) Berdzikir dengan memperbanyak bacaan tasbih (subhanallah), tahlil (laa ilaha illallah), tahmid (alhamdulillah) dan dzikir lainnya, 
(3) Memperbanyak istighfar, 
(4) Memperbanyak do’a

ayuh! jgn lepaskan peluang keemasan yg Allah s.w.t berikan kpd ummatnya utk menyucikan diri drpd dosa-dosa yg telah kita lakukan dan mengharapkn keampunan dan jannah dari Nya. betapa rugilah kita tidak memburu lailatul qadar sedangkan kita mengetahui hikmah malam seribu bulan ini. 
ingin berkongsi khutbah yg disampaikn oleh imam tarawikh di kuliah handasah; bahawasanya mati sangat dekat dengan kita. kita boleh mati pada bila-bila masa. malaikat maut juga tidak akan menunggu kita. adakah kita bersedia utk menghadapi kematian? adakah kita berani dan tidak takut akan sakaratul maut? sungguh, dalam hati aku timbul perasaan takut dan gusar, adakah amalan aku cukup utk bekalan ke akhirat kelak? adakah aku nnt berada dlm golongan yg mendapat syafaat nabi dan keredhaan drpd Nya? adakah dosa2 ku diampunkan Nya? Allah!! betapa aku takut... maka, malam seribu bulan akan aku cari kerana peluang ini hanya sekali dlm setahun...

Monday, July 30, 2012

Banzaiiiii

alhamdulillah..tiada ungkapan lain yg patut aku ucapkan setelah final exam telah selesai akhirnya. syukur, Dia tak pernah menghampakan hambanya yg meminta. syukrillah!!


ini lah saat yang ditunggu sejak bermulanya study leave hari tu lagi. gembira di hati hanya Dia je yg tahu. sampai berdarah2 hidung dibuatnya. ditambah exm osce last utk surgery, sy masih dpt menjawabnya dengan sempurna walaupun ade kesalahan (lumrah la tu..) dan sy demam pula time tu. ujian demi ujian. tp dikuatkn jge otak dan seluruh anggota utk terus menghabiskan exms dgn jayanya. akhirnya, sy dapat menghembus nafas lega, selega-leganya..

"banzaiii.. banzaiii.. banzaiii.." 

ah, ramai antara kami lepas shja keluar dari bilik osce di pediatric surgery unit, diorng terus kelurkan kamera.  kacing! gambar kenangan katanya. yg semangat grp ikhwah. diorang take pic sangat epic! respect! dengki nye! huhu.. sy pon bawa je camera yg x seberapa, hajat pun nk bergambar, tp krn badan x mengizinkan, terpaksa balik cepat2 krn keletihan. (demam+puasa) paham2 je la. sahur pun tak lalu nk mkn nasi :(

setelah habisnya final exam, maka akan bermula pula latihan HO di hospital uni (pre-internship programs) selama 3 minggu. 3 departments (O&G, Pediatrics, General surgery). mula-mula sy tak begitu bersemangat, dalam kepala asyik fikir nk ponteng shj (ish 3x.. tp x berani buat pun), tp bila tgk status kawan2 seangkatan, mrk semuanya nampak eager to practice as real Dr and they want to gain as much as skills from our Drs here before we return back to Malaysia for good. maka, sy pun rasa bersemangat wlpn kesihatan masih di skala rendah.

"Peluang yang datang dan tersedia di depan perlu disambar. jika tidak akan kerugian."


Friday, July 27, 2012

Satu hari lagi

satu hari lagi sebelum tamatnya penderitaan bersama buku2 surgery dan internal medicine. hari ni pun sy rasa tak bermaya utk mengulang utk kali ke brapa pun tak tahu tp still masih banyak yg ingt2 lupa. semalam alhmdulillah written surgery telah selesai walaupun tak lah memberangsangkan sy rasa bila menjawab paper tersebut. WA. sy tawakkal..

hari ni demam melanda diri. seharian tidor. bukak buku pun, baca masuk tak masuk saja. ujian barangkali. semalam riuh mengenjoykan diri sehingga lupa bhwa bulan ramadhan perlulah di kurangkan hiburan2 luar.huhu.. apakan daya. kerana dek stress exam barangkali..

semalam selepas shj exam selesai, sesi fotografi bersama2 sahabat2 perjuangan batch 06/12 sebagai kenang-kenangan hari terakhir final exam. tinggal osce shj lg. kami2 semua begitu hyper bila berhadapan dgn camera. posing sana sini. sampaikan terlupa yg kita ni tengah berpuasa. macam tak puasa gayanya semua org.huhu.. nk kate bersemangat gtuu. sayangnya sy tak pula membawa camera sendiri. menompang org lain saja.


BATCH 06/12
1st batch MARA 
Program Perubatan Timur Tengah

"ya Allah, jadikan kami org2 yang soleh dan solehah. jadikan kami hambaMu yang dpt memberi sumbangan kpd keluarga, masyarakat, agama dan bangsa kelak. jadikan kami doktor2 yang cemerlang.. amin yan Rab"

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan menjelma lagi

alhamdulillah.. syukur kehadrat Allah s.w.t kerana masih berkesempatan utk merasai nikmat berpuasa pada bulan yg sungguh mulia, bulan ramadhan. bulan yg membuka peluang kpd seluruh ummat Islam utk meningkatkan lagi amal ibadat seharian serta dapat membawa diri lebih dekat dgn Sang Pencipta, insyaAllah..

apatah lagi dpt berpeluang merasai puasa di mesir utk kali yg terakhir, mmg kenangan ini akan dibawa dan tak akan dilupakan sampai bila. i will never forget and will miss every moment being here in ramadhan.. 

Jumaat, 20 julai 2012 bersamaan 1 ramadhan 1433 H 



tak sabar rasanya nk bersolat tarawikh beramai2 di Gami' Ibrahim. lepas exm insyaAllah. moga2 kuat kaki ini melangkah utk ke sana..jika ku diberi peluang dpt berpuasa di Makkah dan dpt spend there beribadah depan ka'bah, masyaAllah..mesti lagi BAHAGIA. moga peluang itu ada utk ku... :)) 

Monday, July 16, 2012

Fatrah Imtihan

alhamdulillah.. bermulanya bulan julai, maka bermula jua perjuangan terakhir sebagai medical student. bertungkus lumus, besengkang mata mengadap buku2 dan nota2 yg bertimbun. yang dah dibaca perlu diulang lagi almaklumlah dengan kekuatan akal yang tak sekuat mana, cepat sahaja lupa. 

exam terakhir. bila difikirkan, begitu sadis untuk mengakhiri perjuangan yang begitu sy rasa amat lama. 6 tahun besama sahabat2 yg turut mengejar matlamat yg sama di negara timur tengah yang kini berada di fasa perubahan setelah rakyat2 nya berjuang utk mendapatkan hak mereka yang selama ini ditindas. kami bersama merasa susah senang sepanjang berada dlm system pembelajaran di uni, berkongsi semangat, kegembiraan, debaran apabila tibanya musim imtihan. 

kini boleh dikatakan hanya beberapa langkah lagi perlu diselesaikan untuk sampai ke garisan penamat. tetapi cabaran besar masih tegar berada dihadapan dan perlu gagah utk menempuhinya. 

" berat mata memandang, berat lagi bahu memikul "

when i gathered all the books to be revised even only 2 subjects for this final, but when u see the books and all notes, u will say "masyaAllah!!" when u see the topics for each subject, i will expect u will say "Allah! banyak gile.2 subject je pooonn...!" pon pon pon.. 

one of my friend said, her father told her " sikit lagi je nk naik ke darat, selama ni awk duk terumbang-ambing di lautan. selama ini gigih dan tabah serta berjaya mengharungi ombak2 yang besar. tak lama dah nak smpai. maka bertahan! " (tokok tambah sedikit ayat beliau)

semangat jangan pernah luntur. O Allah, please help us.please be with us.please guide us in every way we takes.never leave us handle our own business without your guidance..amin ya Rab


how much burden i need to cary????

Sudah sekian lama

bismillah.. 

the first enty for 2012!! sejak meninggalkan 2011, blog ni dah lama tak terisi. agak bersarang labah-labah nampaknya. 2012 pun kian nak ke penguhujungnya. baru sy merangkak kembali mencari blog yg berzaman ditinggalkan.

ramadan kembali lagi. bulan yang ditunggu-tunggu oleh ummat Islam khususnya. bulan yang memberi banyak peluang kepada kita untuk menambahkan amalan2 yang akan menjadi bekalan kita ke dunia yg lebih kekal. alhamdulillah.. tahun 2012 ini nampak gayanya masih deberi peluang utk ke tahap ini. moga2 dipanjangkan umur oleh Nya utk merasa kenikmatan bulan ramadan lebih2 lagi di Misr. 

this is my last year in Egypt by the way. i'm surely will miss egypt very much even sometime in certain condition and situation you felt suffocate to live a life here. 

" hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri "

masa bergerak begitu pantas berlalu di antara kita. kehidupan ini berjalan dgn begitu pantas.. (Dr Asri)    


wallahua'lam..

Thursday, October 27, 2011

Ummul Kitab

AL-FATIHAH


Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
Tunjukkan kami jalan yang lurus.
(iaitu) Jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

*********
Kenapa hari ini sy begitu tersentuh bila sahaja membaca ayat2 dari surah Al-fatihah. surah yang berkali-kali kita membacanya setiap hari. makna setiap ayat yang sangat mendalam dan menusuk kalbu. mungkin kerana kesunyian yang menggamit hati aku lantas teringat akan Nya. cinta Nya, perhatian Nya yg tak pernah putus. banyak sungguh nikmat yang Dia berikan kepada aku sepanjang aku bernafas di muka bumi ini. moga2 aku tergolong dlm golongan org2 yg sentiasa bersyukur. alhamdulillah3. kadang-kadang hati selalu alpa, boros dengan dunia, terlebih enjoy melayan nafsu diri..adakah anda seperti sy? jika ya, maka jom sama2 muhasabah dan tarbiahkan diri agar tidak terlalu hanyut akan nikmat dunia yg bersifat sementara dan menjadikan Allah sebagai tempat kembalinya perasaan kita, tempat kita mengadu dalam susah mahupun senang.. :) 

i LOVE Allah <3 

Thursday, October 20, 2011

Misrturk

MISRTURK = Mesir + Turki

Ini lah nama tempat sy belajar bahasa arab di sini. belajar tak banyak pun. hanya beberapa mustawa' (peringkat) sahaja. pernah belajar di tempat lain, tp kerana jauhnya tempat tu sy terpaksa berhenti separuh jalan. bila jumpa markaz misrturk ni, dapat lah sy selami lg bhs arab walaupun mengulang mustawa dari awl. basic arab bnyk tunggang langgang. tp bila dah ade sket2 tu boleh la top up apa yg dah hilang. bila baca sheet of antenatal care, under-5 health care yg ditulis dlm bhs arab td ketika field visit boleh la jugak faham.. :)

"Asal ade kek2 plak ni?" 

Time ni markaz ada buat special day la, meraikan pelajar2 yg belajar di situ smbil mempromosikn sket sebanyak kpd mana-mana student lain yg berminat. siap ada persembahan lagi. sy tak terkecuali. bersyair dlm bhs arab tuuu.haha. syair pendek je pun. kaki pun x sempat nk berasap depan org ramai tu. jantung pun x sempat nk pecah dah sampai rangkap akhir daa. kuikuikui.. : P

Ini lah ustazah kami yang sempoi. Ustazah Syaima'. ustzh yg kurus tinggi lampai. gila-gila macam kami tp kadang-kadang tu strict jugak. sy memang respect ustzh sebab bila dia buat kerja dia sangat berdedikasi. walaupun kadang2 tu bila keletihan, kami2 pun turut terasa tempias keletihan dia.huhu.. overall sy enjoy kelas dengan ustzh Syaima'. yang paling best bila belajar nahu (grammar). sangat syok wlpn susah :))

"ustazah, asif jiddan lau 3andik musykilah ma3ana lamma ta3allimna lughatul arabiyah fi markaz. nuhibbuki fillah"

Sekarang, kami tak lagi belajar di markaz. stop sudah. konon nya nak bagi tumpuan sepenuhnya utk subject tahun 6 tp setakat ni semangat nk stdy tu masih turun naik. masa terluang pun banyak je tp tu lah, klu boleh mahu di isi dgn benda yg dpt prepare kan diri ke arah matlamat yg ingin dicapai utk jangka masa pendek dan panjang. kene susun jadual lagi lah nmpaknya ni. tak boleh membazir masa sngt. masa terluang tu baiklah diisi dgn benda yg boleh bg kita knowledge dan manfaat.

Sy sangat kagum dengan sorang sahabat ni. dia sngt memanfaat masa nya. ada saja activity di kala masa terluang. bila time stdy, dia stdy. bila ada program, dia join, take part. bila masa utk menjalin ukhuwah, dia tak pernah lepaskan. selalu diminta oleh org lain utk memberi motivasi atau nasihat kerana dia layak. memang dia sangat layak kerana dia sngat bermotivasi tinggi. tak hairan lah dia memang power dlm academic mahupun non-academic parts. wah! bila sy nak bermotivasi tinggi seperti itu?? >.<
" jangan mengharapkan orang lain untuk membimbing kamu tetapi jadikan diri kamu sebagai penggerak utama dalam membimbing diri sendiri "
I'm gonna miss arabic class with ustzh Syaima'. diharap apa yg belajar selama ni insyaAllah dpt memberi manfaat sedikit sebanyak pada diri ini yang serba tak lengkap. betapa lemahnye diri. kene improve! yosh!!

Wednesday, October 19, 2011

Lights

day and night
i can see glare
not theoretical but it is real
hope it will disappear soon 
insyaAllah

Saturday, October 15, 2011

Basahkanlah Lidahmu

Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabatnya r.a. "Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu yang amat suci di sisi ALLAH yang meninggikan darjatmu keperingkat yang tertinggi sekali, yang lebih mulia daripada menafkah emas dan perak (di jalan ALLAH) yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad,maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu? Para sahabat berkata bahkan: "Apakah itu Ya Rasulullah?" Sabdanya:"Zikrullah."

"lazimilah lidahmu dengan zikrullah. hanya Allah s.w.t tempat kita bergantung."

Friday, October 14, 2011

Bye my Baby

13/10/11

i should remember this date. the day that changed me. the day that my heart and mind argued to each other due to one big decision has to make a.s.a.p. and the result of that decision really give me another opportunity to see again this beautiful world more clearly.   

i'm very happy to welcome my new wide sight which i'd lost it since 11 years. and now i getting it back. thank you Allah for everything..and not forget to my smart intelligent Dr who help me through out my therapy. alfu syukran, jazakallahukhairan kathira... :))

i should say goodbye to my baby, my swatch's spectacles. i'm so sorry coz i'v been using u recklessly and not took care of you nicely. the sad news is, i not need your help anymore for the time being and i hope u will rest and get some holiday in hawai ok! don't ever miss me. anyway thank you in helping me and be my visual aid over the past years and goodbye.. :( 

Saturday, October 8, 2011

Its All About Commed

Bismillah. hari ni dah mula kuliah utk sem 1 tahun 6. profs and doctors from family medicine's department dah tak sabar nak mengajar kami. kami pula tak puas nak cuti lagi walaupun cuti tak buat apa-apa pun.huhu.. ;P by the way, rasa sangat bersyukur kerana dapat melangkah kaki meneruskan saki baki masa utk menimba ilmu perubatan yang hanya tinggal 1 tahun saja lagi. alhamdulillah.. 

" time ticking faster that we expected and flew by without realizing it "  

Family medicine (FM). i don't expect to enjoy this subject because its all about community medicine aka commed which most of students agreed that commed is a very boring subject. but, by time, i realize that family medicine is slightly differ than commed. FM bring me to know how to be a good personnel in health team who will provide services to our community latter on in order to improve quality of life among Malaysian people. FM teach me the important of health educations, programs, health cares and etc... senang cerita, FM memberikan sy ilmu utk mendekati masyarakat. :))

Day by day, i starting to like studying family medicine and enjoy the tutorial classes and lectures even in the end of the day i always feeling sleepy and exhausted. tp hari-hari pun tak lah busy sangat. still ada masa bersuka ria.huhu. klu buku dah ada, boleh la jugak hilangkan kebosanan. tak sabar nak beli buku FM sebab tak sabar gila nk study! (>.<).. =P  tipu semata

Kawan-kawan yang masih di Malaysia, sila pulang cepat-cepat ye. tahun depan kite cuti lagi kat malaysia permanently. rugi tak datang kelas tau. hari-hari doctor tnaye soalan sama kat kitorng and kitorng tak larat dah nak jawab jawapan yg sama. huhu.. yang dah dekat sini jangan la ponteng-ponteng sebab kita dah memang giler2 senior. dah tak lama lg nak keje. adik2 junior asek teropong je senior2 diorng, mane tahu boleh jadi ikutan. so, bagi lah mereka ikut ikutan yang betul. :)


p/s: tak sabarnya nak pergi field visit and tak sabar nye nak beli bende tu.. uhuu... gila gila gila (^.*)

Thursday, September 22, 2011

Result; Syukur

Alhamdulillah sekali lagi atas nikmat dah kurniaNya. sesungguhnya nikmat Allah sangat banyak. tak terhitung bilangannya. aku bersyukur ya Rab... gembira sangat2!! yeppiii !! yahoooo!! :)))

Ramai yang menghembuskan lafas lega apabila masing2 menyemak keputusan peperiksaan final 5th year hari ini. debar di dada akhirnya reda. sy tak terkecuali. sy sangat berpuas hati result kali ini. walaupun subject yg sy minat tak dpt score, akan tetapi subject yg sy tak minat dapat pula score. huhu..  
We can not expect anything to be always in our way. 
Thank you Allah, parents, siblings, relatives, friends, Dr and Profs and anyone who are always send doa' to us. finally, we are officially 6th year student (FINAL YEAR) in medical school. rasa kejap masa berlalu. kalau nak diimbas balik memory 5 tahun lepas di sini, terlalu banyak smpai tak ingat dah. malas nk recall balik..huhu. setahun saja lagi. setahun yang tak tahu apa akan jadi. semoga Allah s.w.t mempermudahkan urusan kami sepanjang tahun akhir pengajian ini dan the ending will be the best for all.. :)

Tak sabar untuk melangkah ke tahun 6 nih. semangat berkobar. harap nya membara sampai ke penghujung jalan, jangan biarkan obornya malap, ttp jika ianya malap, tambahkan lg arang agar ia terus membakar. again, congratulation everyone !!!

Treat after dpt result will be at...jeng3! seronoknyeee!! makan makan makan & makan <3


Nak pergi yang mana satu ye?? hurm.. tak pe. cuti masih panjang. semua kita serang naaa (^_*)v

Tuesday, September 20, 2011

Olive & Popeye

ngeee~.. tajuk entry tak leh blah kan. padahal entry kali ni nk cerite sedikit pasal cik olive OIL je. popeye tak de kaitan pun.. sorry ye en.POPEYE the sailor man! : P

Return to the main topic, OLIVE OIL is the greatest exponent of monounsaturated fat, and it is a prime component of the Mediterranean Diet. Olive oil is a natural juice which preserves the taste, aroma, vitamins and properties of the olive fruit. Olive oil is the only vegetable oil that can be consumed as it is - freshly pressed from the fruit.

Types of olive oil :
Generally, olive oil is extracted by pressing or crushing olives. Olive oil comes in different varieties, depending on the amount of processing involved. Varieties include:

Extra virgin - considered the best, least processed, comprising the oil from the first pressing of the olives.
Virgin - from the second pressing.
Pure - undergoes some processing, such as filtering and refining.
Extra light - undergoes considerable processing and only retains a very mild olive flavour.

When buying olive oil you will want to obtain a high quality EXTRA VIRGIN oil. The oil that comes from the first "pressing" of the olive, is extracted without using heat (a cold press) or chemicals, and has no "off" flavors is awarded "extra virgin" status. The less the olive oil is handled, the closer to its natural state, the better the oil. If the olive oil meets all the criteria, it can be designated as "extra virgin".

What is pure and light olive oil? "Pure" olive oil is made by adding a little extra virgin olive oil to refined olive oil. It is a lesser grade oil that is also labeled as just "olive oil" in the U.S.

"Light" olive oil is a marketing concept and not a classification of olive oil grades. It is completely unregulated by any certification organizations and therefore has no real precedent to what its content should be. Sometimes, the olive oil is cut with other vegetable oils.

Olive oil's health benefits :
The beneficial health effects of olive oil are due to both its high content of monounsaturated fatty acids and its high content of antioxidative substances. Studies have shown that olive oil offers protection against heart disease by controlling LDL ("bad") cholesterol levels while raising HDL (the "good" cholesterol) levels. No other naturally produced oil has as large an amount of monounsaturated as olive oil -mainly oleic acid.

Olive oil is very well tolerated by the stomach. In fact, olive oil's protective function has a beneficial effect on ulcers and gastritis. Olive oil activates the secretion of bile and pancreatic hormones much more naturally than prescribed drugs. Consequently, it lowers the incidence of gallstone formation.

Olive oil and heart disease :
Studies have shown that people who consumed 25 milliliters (mL) - about 2 tablespoons - of virgin olive oil daily for 1 week showed less oxidation of LDL cholesterol and higher levels of antioxidant compounds, particularly phenols, in the blood.

But while all types of olive oil are sources of monounsaturated fat, EXTRA VIRGIN olive oil, from the first pressing of the olives, contains higher levels of antioxidants, particularly vitamin E and phenols, because it is less processed.

Olive oil is clearly one of the good oils, one of the healing fats. Most people do quite well with it since it does not upset the critical omega 6 to omega 3 ratio and most of the fatty acids in olive oil are actually an omega-9 oil which is monounsaturated.

Olive oil and colon cancer :
Spanish researchers suggest that including olive oil in your diet may also offer benefits in terms of colon cancer prevention. Their study results showed that rats fed diet supplemented with olive oil had a lower risk of colon cancer than those fed safflower oil-supplemented diets. In fact, the rats that received olive oil had colon cancer rates almost as low as those fed fish oil, which several studies have already linked to a reduction in colon cancer risk.

-------------------------------------------------------------------------------------------
Alkisah disebalik pencarian khasiat minyak zaitun: 
sebenarnya, suatu hari terfikir oleh otakku akan menggunakan minyak zaitun sebagai kuah kpd nasi putih dan ayam koki. kerana kemalasan yg teramat utk memasak lauk berkuah, gorenglah ayam koki dengan minyak zaitun dan dibuatnya minyak zaitun itu sebagai kuah. maka menu hari itu adalah "nasi putih minyak zaitun bersama ayam koki". wow tak?? panjang tu menu..haha.. wlpn ada minyak tp minyak zaitun bnyk khasiat! jangan lupa tu & kalau boleh jangan tiru macam saya :D  

Monday, September 19, 2011

Summer's Project (Crochet Mania)

I can't believe that i'd already learn and pre-pro in crocheting. haha.. tangan pun dah terbiase pegang crochet hook. dah synchronized da. happy!! (^.^). mase dulu-dulu teringin sangat nak belajar kait/crocheting. akhirnya, minat nak belajar tak menghalang utk mencuba bakat baru. kesenian & kreativiti yang perlu dicungkil dari dlm diri. some secret of mine revealed!! : P

Dan ini lah hobby sy time2 senggang during summer's holiday. petang2 tangan mula menggatal nak mengait. mmg syok dan menyeronokkan bila dapat hasilkan crochet yg sebelum ni kita tak pernah imagine yg kita akan hasilkan sendiri. satu kepuasan yg berganda!! 

learn .. learn .. learn & learn

There are some product of crochet i successfully produce till now. just some simple things because i'm still beginner. bila dah pro baru boleh cuba buat big project & yg lebih extreme (bila ada masa) :))

Crochet fingerless gloves <3

crochet pencil box :)

crochet purse :)

crochet mini basket :)

crochet round :)

crochet hard disc cover / iphone's bag :)

crochet mini bag :)

crochet baby mitten <3

crochet baby bootie <3

Anda cuba lah try meng-crochet. best! semua ni sy follow and learn from you tube crochet tutorial mostly from Terresa. sangat senang dan dia ajar pun jelas & easy to follow. bnyk je crochet's website yg serve and show many type of crochet that we can do. tapi utk yg mahu mula cuba better learn basic stitches first, master it and then u can produce anything easily... (^-^)


Sunday, September 18, 2011

Dr. Hatch (Patch) Adam

Patch Adam is the partially true story of a man who believed a humanity & generosity should be part of a doctor job. i like this movie because it give me courage and spirit to be a good future doctor insyaAllah. it realized me why exactly we want to be a doctor. there are several lines in that movie which hook me up.. :)

All of life is a coming home. Salesmen, secretaries, coal miners, beekeepers, sword swallowers, all of us. All the restless hearts of the world, all trying to find a way home. It's hard to describe what I felt like then. Picture yourself walking for days in the driving snow; you don't even know you're walking in circles. The heaviness of your legs in the drifts, your shouts disappearing into the wind. How small you can feel, and how far away home can be. Home. The dictionary defines it as both a place of origin and a goal or destination. And the storm? The storm was all in my mind. Or as the poet Dante put it: In the middle of the journey of my life, I found myself in a dark wood, for I had lost the right path. Eventually I would find the right path, but in the most unlikely place. 

***********

Treatment would be defined as the care of a patient seeking medical attention.
I offer them whatever help I can. Everyone who comes to the ranch is a patient and every person who comes is also a doctor. Every person who comes to the ranch is in need of some form of physical or mental help. They're patients but also every person who comes to the ranch is in charge of taking care of someone else...whether it's cooking for them, cleaning them...or even as simple a task as listening. That makes them doctors.

***********

What if one of your patients had died?
What's wrong with death, sir?
What are we so mortally afraid of?
Why can't we treat death with a certain amount of humanity and dignity and decency
Death is not the enemy, gentlemen.
If we're gonna fight a disease, let's fight one of the most terrible diseases of all...indifference.

**********
Every human being has an impact on another.
Why don't we want that in a patient/doctor relationship?
A doctor's mission should be not just to prevent death...but also to improve the quality of life.
That's why you treat a disease, you win, you lose.
You treat a person, I guarantee you, you win, no matter what the outcome.

**********

Now here today, this room is full of medical students.
Don't let them anesthetize you. Don't let them numb you out to the miracle of life.
Always live in awe of the glorious mechanism of the human body.
Let that be the focus of your studies and not a quest for grades...
which'll give you no idea what kind of doctor you will become.
Don't wait till you're on the ward to get your humanity back.
Start your interviewing skills. Start talking to strangers.
Talk to your friends, Talk to wrong numbers, everyone and cultivate friendships...
with those amazing people in the back of the room... nurses that could teach you.
They've been with people every day. They wade through blood and shit.
They have a wealth of knowledge, and so do the professors you respect...
the ones who are not dead from the heart up.
Share their compassion. Let that be contagious.

***********

I want to be a doctor with all my heart.
I wanted to become a doctor so I could serve others...
and because of that I've lost everything...but I've also gained everything.
I've shared the lives of patients and staff members at the hospital.
I've laughed with them. I've cried with them.
This is what I want to do with my life.
And as God is my witness...
I will still become the best damn doctor the world has ever seen.

Our job is improving the quality of life, not just delaying death.

Saturday, September 17, 2011

Neverland

U-KISS brought me to the fictional world!!!
yeah!!!
the world that commonly create in the minds of children
now, all in my mind
like Peter Pan, Tinker Bell and many more
enjoying fictional world in Neverland!!


Superb dance !! *-* 

Thursday, September 1, 2011

Salam Aidilfitri '11

HAPPY EID everyone!! 

Semoga ramadhan yang lepas memberi sejuta pengajaran dan pelajaran utk terus istiqamah dlm beribadat. wlpn susah nk istiqamah sebenarnya, tetapi kalau kita lakukan sedikit demi sedikit apa yg kita lakukan ketika di bulan ramadhan insyaAllah kita akan terbiasa. 
sudah rindu akan nikmatnya bulan ramadhan. harap-harapnya dapat bertemu kembali bulan penuh rahmah ini di tahun akan datang insyaAllah. 

Post entry raya yang lambat. bukan nya busy ke ape, malas nak update blog saja. tak ada idea yang menyinggah, maka freeze je lah blog utk sementara. tup-tup bila bukak blog, blog dah ada muka baru..nice!!

Raya di perantauan macam biase lah. tak semeriah di kampung halaman. tetapi still bnyk rumah terbuka yang diorang buat. rumah sy tak terkecuali. terbuka separuh je. tak ajak ramai pun. buat pun yang simple-simple sahaja. memang seronok lah beraya sana sini, rumah kawan2, junior2. dapat kenal, beramah mesra. kongsi-kongsi cerita. riuh! perut pun penuh. hari-hari balik perut buncit. malu saja. huhu.. semua ada; rendang, ayam masak merah, nasi beriani, satey, nasi himpit & kuah kacang, soto, mee sup, mee kari, laksa, roti jala... heaven lah!! nyum3 (^-^)

1st raya di  asrama mara. rumah terbuka under MARA taja. ramai student yang datang memeriahkan suasana pagi raya. siap ada video presentation lagi. boleh dikatakan ramai juga student yang tak balik summer holiday tahun ni & kebanyakannya junior. bagus2. tak lah alex ni terasa sunyi sangat. hohooo..

BeRaya di Asrama Mara

On the way to open houses

Snap; 3rd day of Eid

Tinggal setahun saja lagi di Egypt. tak dapat dah lepas ni nak merasa beraya jauh di perantauaan.. sekejap je kan. semoga masa yang ada ini dpt create more wonderful memories which i can rewind one day later in the future :)) 


Saturday, August 27, 2011

JANNAH; Matlamat Kita

SYURGA adalah matlamat hidup kita sahabat2 sekalian. jdikan syurga sebagai destinasi yang perlu kita capai dan perlu berusaha ke arah itu. alhamdulillah kita semua dilahirkan dlm keadaan Islam, dan moga2 kita juga mati dlm keadaan kita Islam. Islam yg menjadi agama kita, ditambah dengan iman dan taqwa insyaAllah kita layak memasuki syurga Allah yang sangat indah. 

Tetapi, persoalannya, setakat ini, adakah kita tercalon dlm golongan org2 yg layak memasuki pintu syurga Allah?? adakah kita layak bersama para nabi di sana??

"Berlomba-lombalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi org-org yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul Nya. itulah kurniaan Allah yang diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki. dan Allah mempunyai karunia yang besar." surah Al-Hadid; 21

Semalam, di masjid Sohabah, el-Gamaah, ketika menunaikan solat tarawikh, sy telah bertemu seorang wanita arab mesir yang sngat baik dan berlakulah conversation antara sy dengan nya walaupun bhs arab ammi sy tak lah begitu bagus, masih tergagap2, tapi masih memahami butir percakapannya. malunya 5 thn duduk di sini masih tak masyi bhs ammi :(

wanita itu berkata, sedekahlah walaupun segenih kepada masjid itu kerana masjid itu masih dlm pembikinan, masih bnyk yang perlu dibaik pulih untuk membina masjid yang kamil dan selesa utk beribadat. kerana segenih yang kamu sedekahkan atau wakafkan insyaAllah apabila kita mengingati masjid/sedekah yg kita salurkan kpd masjid itu, serta org ramai menggunakan masjid itu utk setiap kali beribadah, insyaAllah pahala dan gnajaran Allah tidak akan putus disalurkan balik kepada kita. 

Mak sy pernah berpesan, belilah apa saja utk upgrade kan surau kt kampung tu, kipas ke, sejadah, tasbih, carpet, penyapu, apa2 sahaja yang kita mampu, kerana setiap kali mereka menggunakannya utk tujuan yg baik, utk beribadat, utk rumah Allah, insyaAllah mendapat pahala tidak putus wlpn kita sudah tiada di dunia ini. syok kan! walaupun berada di alam lain, kita masih lagi mendapat ganjaran pahala drp dunia hasi dr sedekah jariah kita ketika kita masih hidup...:)

kami berkongsi2 cerita tentang mlm 27 ramadhan yang memang sngat hebat smbutan nya kerana masing2 eager memburu malam lailatul qadr. dia bercerita pengalamannya di Mekkah menunaikan umrah serta sempat dengan bulan ramadhan di sana. sy pun nak jgk merasa pengalaman seperti tu. tapi apakan daya, tiada rezeki utk pergi thn ini. dan dia mendoakan aku agar aku juga mempunyai kesempatan melihat ka'bah Allah itu nanti. amiiinn ya rab!

kemudian, ketika mahu pulang setelah selesai tarawikh, kami bersalaman dan sempat bertanya nama. kebiasaan org arab, mereka selalau mendoakan org lain ketika bercakap, bersalam, berjumpa, contohnya;
"Allah yubarik"
"Allah yusallimik"
"Allah  maaki"
......
dan aku pulak tak brape reti nak reply balik.aigoo. klu reply pun tambah aidhan/bardu (juga) je kat akhir ayat. tergagap2 aku mengeluarkan ayat. "izaii..umm....???" ttp wanita itu mengajarku bagaimana utk mendoakan org lain sebgai balasan org yg mendoakan kita.

"do'a lini bitadkhulil jannah!" 
terus dia memberi cadangan setelah melihat aku tergagap2 sebegitu sambil tersenyum. malu2nye aku

yaah! tak pernah terfikir di benakku utk reply sebegitu. "insyaAllah bitadkhulil jannah ya ukhti" akhirnya. kegagapan aku utk me reply doanya membuatkan aku malu sendiri dan tersedar, ya! itulah sebaik2 doa utk kita sesama muslim. patut kita mendoakan saudar2 kita sebegitu kerana ghayyah kita hidup di dunia ini adalah utk memasuki dan menjadi ahli SYURGA Allah. 

Ya rab, hati ku begitu gembira mlm td. terima kasih ya Allah menemukan aku dengan wanita yg baik itu yang menyedarkan aku. semoga Allah memberkatinya.. :)

syukran jazilan ya ukhti atas tunjuk ajar, nasihat, teguran, perangsang, doa2 mu terhadap ku dan air teh na'na' yg sedap itu. semoga kita berjumpa lagi, wlpn tak di dunia, di dlm syurga Allah insyaAllah :))


Wednesday, August 24, 2011

Indahnya Ramadhan

Uhuk.. tekak kering. almaklumlah puasa.. ke anda x puasa? huhu..

Bilik dah siap kemas, rumah dah tersusun rapi. mass cleaning lah kate kan hari ni. mana tak kene kemas, rumah agak terbengkalai sejak dua menjak ni akibat musim exam. x nyempat nk kemas2 rumah dengan buku2 yg masih perlu bnyak dibaca dan dihafal. hari ni, alhamdulillah.. mostly dah beres. housemates pun dah boleh lega tinggalkan rumah utk pulang ke Malaysia. tinggalkn kami di sini..uhuk2 :(

Fikir2 balik, duit bulan 8 dah masuk ke belum deh? lupa nk g check account dlm bank. harap2 nye tak de masalah lah. malas nak mereport2 pasal masalah duit tak masuk ni. ape2 pun kene pergi check. destinasi? CARREFOUR lah mane lagi. huhu..sambil2 check duit, draw out lah some money, then boley g shopping! 3 in 1.. hehe. carrefour lah tempat yg aku rase paling best utk jalan2 cuci mata smbil shopping. banyak kedai, bnyak pilihan. yg branded, yg local.. sume ade. harga klu sale lagi lah umph gtu nk shopping! especially bags & shoes !!

One day, aku pergi la carrefour utk kluarkan duit, mase ramadhan la kan, yang aku kagum sangat2 kebanyakan kedai2 kt situ memasang bacaan ayat2 suci al-quran even kedai calliope, belle, c&k... (kedai2 branded and local).. x bacaan suci alquran pun, mereka memasang lagu2 yg bernada soft, instrumental gtu, x pun mrk x pasang langsung music yg selalunya ni lagu berdengung telinge je dipasang. tapi bila ramadhan, meraka sangat menghormati bulan yang mulia ini walaupun aku rasa owner kedai tu bukan lah org yg beragama Islam... :)

Bila time nak dekat berbuka, masih dalam texi. alamak, budjet masa terlebih plak kan. tetibe pakcik taxi mengeluarkan sekotak kurma, kemudian menghulurkan kepada kami..
"khuddi balah. faddhalii...."
kami tersenyum sambil tangan laju saja mengambil kurma yg dihulur. afdhalnya membuka tanpa bertangguh. tak gitu? syukran ya usta!

Teringat bila aku pernah pulang ke rumah agak lambat kerana ada urusan, jam menunjukkan hanya beberapa minute lagi nk berbuka, tp aku masih di jalanan. ketika azan berbunyi, sorg pakcik arab menegur aku dan mengajak bersama berbuka di maidurrahman (jamuan berbuka puasa secara terbuka utk org ramai, disusun nya meja dan kerusi di tepi2 jalan). utk tidak menghampakan ajakan pakcik tu, aku pun mengambil beberapa biji kurma dan minum air sejuk yg disediakan. ramai yg berbuka di maidurrahman tu. kereta2 yg tgh laju pun berhenti seketika utk berbuka dan penganjur sngt welcoming pada mereka. tp most of people yg bebrbuka kt situ lelaki lah. perempuan jarang2 je kot. myb ade je tp sy je x nampak/tahu...

Mesti sy akan merindui saat berpuasa ramadhan di Mesir. bnyk kemanisan ramadhan yg dpt dirasa di sini. sungguh indah dan menkjubkan. tak lg rasa ramadhan di tanah suci kota Makkah. mesti lg zub! insyaAllah ada rezeki, umur panjang sy mahu ke sana.. yosh!

salam ramadhan utk semua ... :)

p/s: rindu rumah, mama, baba, adik2, kakak2, suasana kg.... :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...