~ Dream with me ~
..nice Arabic Song..
..nice Arabic Song..
Ehlam (fi3lul amar = perbuatan suruhan), kata akarnya: Yahlamu. ertinya bermimpi.
Bila nampak shja perkataan 'ehlam' ni, teringat akan satu kisah dalam dars mustawa thalith (pelajaran peringkat ke-3) lughah al-arabiyah mengenai MIMPI. itulah pertama kali belajar perkataan 'YAHLAMU'.
anwa3u dars (tajuk pelajaran): INSYAALLAH
Nak diceritakan. ada seorang pemuda ini, singgah di sebuah pondok. bersamanya sebalang madu lebah. kemudian dia sangkutkan madu lebah itu pada kayu di bahagian bawah atap pondok tersebut. dia adalah pemuda yang selalu berangan2 utk menjadi kaya, mendapatkn isteri dan anak yg ramai. tetapi hakikatnya dia tidak berkemampuan. kemudian, tertidurlah dia dan bermimpi..
Dalam mimpinya, dia mendapat wang yang bnyk drpd hasil jualan madu yg ada pada nya dan dengan duit itu, dia telah membeli seekor kambing betina. di memberi makan akan kambingnya, dan kmbingnya membiak dengan bnyak nya. kambing2 itu dia jualkan dan mendapat hasil yg cukup lumayan. dia merasakan seolah-olah apa yang dihajatinya menjadi kenyataan. kemudian, dia berkahwin, mendapat pula cahaya mata. anaknya itu dia besarkan, diasuh, dididik dengan adab2. jika anaknya nakal, dia akan rotan anaknya itu. bila saja dia mengankat rotan utk memukul anaknya itu, dia terpukul balang madu itu. maka jatuhlah madu itu di atas mukanya dan sedarlah dia dr mimpi nya itu.
Berkatalah dia pd dirinya sendiri: "oh, sesungguhnya aku lupa utk mengucapkan INSYAALLAH...."
****Apakah yg anda perolehi drpd kisah ini??****
INSYAALLAH bermaksud dengan izin Allah. jika kita inginkan sesuatu / ingin membuat sesuatu / plan something, maka seeloknya ucaplah "insyaallah" kerana hanya Allah sajalah yang berkuasa ke atas kita, berkuasa dalam menentukan sesuatu dalam kehidupan ini. maka, tanpa izin Nya, kita tak akan ke mana. tanpa izin Nya, kita tidak siapa-siapa. tanpa izin Nya, tak akan menjadi nyata apa yg kita impikan atau rancangkan.
Semoga kita sama-sama mendapat keredhaan dan keizinan Allah dalam menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini. dan semoga apa yang kita impikan, apa yang kita harapkan akan menjadi kenyataan, biiznillah...banyak2kn lah mengingatiNya kerana Dia mengingati hambanya yang merinduiNya...
wallahua'lam :)
wallahua'lam :)