Friday, August 10, 2012

Mengejar malam seribu bulan

" mari mengejar Lailatul Qadr, bukan menunggu ianya datang "


“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan.” (QS. Al Qadar: 1). Keberkahan dan kemuliaan yang dimaksud disebutkan dalam ayat selanjutnya (yang artinya),
“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS. Al Qadar: 3-5). 


maka marilah menghidupkan 10 malam terakhir ramadhan dengan giat beribadah, membangunkan keluarga untuk melakukan ketaatan kpd Nya, menjauhkan isteri drpd berjimak bg yg telah berkahwin. berzikir, bertahmid, solat dan mohonlah keampunan sebnyak-banyak nya serta mohonlah moga di dekatkan dan dimasukkan ke dlm syurga Nya. antara doa yang boleh diamalkan:


sesetengah wanita khususnya rungsing atau tidak tahu bagaimana mereka boleh menghidupkan malam lailatul qadar sedangkan mereka dlm keadaan tidak berrsuci. Juwaibir pernah mengatakan bahwa dia pernah bertanya pada Adh Dhohak, “Bagaimana pendapatmu dengan wanita nifas, haidh, musafir dan orang yang tidur (namun hatinya dalam keadaan berdzikir), apakah mereka boleh mendapatkan bahagian dari lailatul qadar?” Adh Dhohak pun menjawab, “Iya, mereka tetap boleh mendapatkan bagian. Siapa saja yang Allah terima amalannya, dia akan mendapatkan bagian malam tersebut.” (Latho-if Al Ma’arif, hal. 331)

Dari riwayat ini menunjukkan bahwa wanita haidh, nifas dan musafir tetap boleh mendapatkan bagian lailatul qadar. Namun kerana wanita haidh dan nifas tidak boleh melaksanakan solat ketika kondisi seperti itu, maka dia boleh melakukan amalan ketaatan lainnya. Yang dapat wanita haidh lakukan ketika itu adalah: 
(1) Membaca Al Qur’an tanpa menyentuh mushaf, 
(2) Berdzikir dengan memperbanyak bacaan tasbih (subhanallah), tahlil (laa ilaha illallah), tahmid (alhamdulillah) dan dzikir lainnya, 
(3) Memperbanyak istighfar, 
(4) Memperbanyak do’a

ayuh! jgn lepaskan peluang keemasan yg Allah s.w.t berikan kpd ummatnya utk menyucikan diri drpd dosa-dosa yg telah kita lakukan dan mengharapkn keampunan dan jannah dari Nya. betapa rugilah kita tidak memburu lailatul qadar sedangkan kita mengetahui hikmah malam seribu bulan ini. 
ingin berkongsi khutbah yg disampaikn oleh imam tarawikh di kuliah handasah; bahawasanya mati sangat dekat dengan kita. kita boleh mati pada bila-bila masa. malaikat maut juga tidak akan menunggu kita. adakah kita bersedia utk menghadapi kematian? adakah kita berani dan tidak takut akan sakaratul maut? sungguh, dalam hati aku timbul perasaan takut dan gusar, adakah amalan aku cukup utk bekalan ke akhirat kelak? adakah aku nnt berada dlm golongan yg mendapat syafaat nabi dan keredhaan drpd Nya? adakah dosa2 ku diampunkan Nya? Allah!! betapa aku takut... maka, malam seribu bulan akan aku cari kerana peluang ini hanya sekali dlm setahun...

Monday, July 30, 2012

Banzaiiiii

alhamdulillah..tiada ungkapan lain yg patut aku ucapkan setelah final exam telah selesai akhirnya. syukur, Dia tak pernah menghampakan hambanya yg meminta. syukrillah!!


ini lah saat yang ditunggu sejak bermulanya study leave hari tu lagi. gembira di hati hanya Dia je yg tahu. sampai berdarah2 hidung dibuatnya. ditambah exm osce last utk surgery, sy masih dpt menjawabnya dengan sempurna walaupun ade kesalahan (lumrah la tu..) dan sy demam pula time tu. ujian demi ujian. tp dikuatkn jge otak dan seluruh anggota utk terus menghabiskan exms dgn jayanya. akhirnya, sy dapat menghembus nafas lega, selega-leganya..

"banzaiii.. banzaiii.. banzaiii.." 

ah, ramai antara kami lepas shja keluar dari bilik osce di pediatric surgery unit, diorng terus kelurkan kamera.  kacing! gambar kenangan katanya. yg semangat grp ikhwah. diorang take pic sangat epic! respect! dengki nye! huhu.. sy pon bawa je camera yg x seberapa, hajat pun nk bergambar, tp krn badan x mengizinkan, terpaksa balik cepat2 krn keletihan. (demam+puasa) paham2 je la. sahur pun tak lalu nk mkn nasi :(

setelah habisnya final exam, maka akan bermula pula latihan HO di hospital uni (pre-internship programs) selama 3 minggu. 3 departments (O&G, Pediatrics, General surgery). mula-mula sy tak begitu bersemangat, dalam kepala asyik fikir nk ponteng shj (ish 3x.. tp x berani buat pun), tp bila tgk status kawan2 seangkatan, mrk semuanya nampak eager to practice as real Dr and they want to gain as much as skills from our Drs here before we return back to Malaysia for good. maka, sy pun rasa bersemangat wlpn kesihatan masih di skala rendah.

"Peluang yang datang dan tersedia di depan perlu disambar. jika tidak akan kerugian."


Friday, July 27, 2012

Satu hari lagi

satu hari lagi sebelum tamatnya penderitaan bersama buku2 surgery dan internal medicine. hari ni pun sy rasa tak bermaya utk mengulang utk kali ke brapa pun tak tahu tp still masih banyak yg ingt2 lupa. semalam alhmdulillah written surgery telah selesai walaupun tak lah memberangsangkan sy rasa bila menjawab paper tersebut. WA. sy tawakkal..

hari ni demam melanda diri. seharian tidor. bukak buku pun, baca masuk tak masuk saja. ujian barangkali. semalam riuh mengenjoykan diri sehingga lupa bhwa bulan ramadhan perlulah di kurangkan hiburan2 luar.huhu.. apakan daya. kerana dek stress exam barangkali..

semalam selepas shj exam selesai, sesi fotografi bersama2 sahabat2 perjuangan batch 06/12 sebagai kenang-kenangan hari terakhir final exam. tinggal osce shj lg. kami2 semua begitu hyper bila berhadapan dgn camera. posing sana sini. sampaikan terlupa yg kita ni tengah berpuasa. macam tak puasa gayanya semua org.huhu.. nk kate bersemangat gtuu. sayangnya sy tak pula membawa camera sendiri. menompang org lain saja.


BATCH 06/12
1st batch MARA 
Program Perubatan Timur Tengah

"ya Allah, jadikan kami org2 yang soleh dan solehah. jadikan kami hambaMu yang dpt memberi sumbangan kpd keluarga, masyarakat, agama dan bangsa kelak. jadikan kami doktor2 yang cemerlang.. amin yan Rab"

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan menjelma lagi

alhamdulillah.. syukur kehadrat Allah s.w.t kerana masih berkesempatan utk merasai nikmat berpuasa pada bulan yg sungguh mulia, bulan ramadhan. bulan yg membuka peluang kpd seluruh ummat Islam utk meningkatkan lagi amal ibadat seharian serta dapat membawa diri lebih dekat dgn Sang Pencipta, insyaAllah..

apatah lagi dpt berpeluang merasai puasa di mesir utk kali yg terakhir, mmg kenangan ini akan dibawa dan tak akan dilupakan sampai bila. i will never forget and will miss every moment being here in ramadhan.. 

Jumaat, 20 julai 2012 bersamaan 1 ramadhan 1433 H 



tak sabar rasanya nk bersolat tarawikh beramai2 di Gami' Ibrahim. lepas exm insyaAllah. moga2 kuat kaki ini melangkah utk ke sana..jika ku diberi peluang dpt berpuasa di Makkah dan dpt spend there beribadah depan ka'bah, masyaAllah..mesti lagi BAHAGIA. moga peluang itu ada utk ku... :)) 

Monday, July 16, 2012

Fatrah Imtihan

alhamdulillah.. bermulanya bulan julai, maka bermula jua perjuangan terakhir sebagai medical student. bertungkus lumus, besengkang mata mengadap buku2 dan nota2 yg bertimbun. yang dah dibaca perlu diulang lagi almaklumlah dengan kekuatan akal yang tak sekuat mana, cepat sahaja lupa. 

exam terakhir. bila difikirkan, begitu sadis untuk mengakhiri perjuangan yang begitu sy rasa amat lama. 6 tahun besama sahabat2 yg turut mengejar matlamat yg sama di negara timur tengah yang kini berada di fasa perubahan setelah rakyat2 nya berjuang utk mendapatkan hak mereka yang selama ini ditindas. kami bersama merasa susah senang sepanjang berada dlm system pembelajaran di uni, berkongsi semangat, kegembiraan, debaran apabila tibanya musim imtihan. 

kini boleh dikatakan hanya beberapa langkah lagi perlu diselesaikan untuk sampai ke garisan penamat. tetapi cabaran besar masih tegar berada dihadapan dan perlu gagah utk menempuhinya. 

" berat mata memandang, berat lagi bahu memikul "

when i gathered all the books to be revised even only 2 subjects for this final, but when u see the books and all notes, u will say "masyaAllah!!" when u see the topics for each subject, i will expect u will say "Allah! banyak gile.2 subject je pooonn...!" pon pon pon.. 

one of my friend said, her father told her " sikit lagi je nk naik ke darat, selama ni awk duk terumbang-ambing di lautan. selama ini gigih dan tabah serta berjaya mengharungi ombak2 yang besar. tak lama dah nak smpai. maka bertahan! " (tokok tambah sedikit ayat beliau)

semangat jangan pernah luntur. O Allah, please help us.please be with us.please guide us in every way we takes.never leave us handle our own business without your guidance..amin ya Rab


how much burden i need to cary????

Sudah sekian lama

bismillah.. 

the first enty for 2012!! sejak meninggalkan 2011, blog ni dah lama tak terisi. agak bersarang labah-labah nampaknya. 2012 pun kian nak ke penguhujungnya. baru sy merangkak kembali mencari blog yg berzaman ditinggalkan.

ramadan kembali lagi. bulan yang ditunggu-tunggu oleh ummat Islam khususnya. bulan yang memberi banyak peluang kepada kita untuk menambahkan amalan2 yang akan menjadi bekalan kita ke dunia yg lebih kekal. alhamdulillah.. tahun 2012 ini nampak gayanya masih deberi peluang utk ke tahap ini. moga2 dipanjangkan umur oleh Nya utk merasa kenikmatan bulan ramadan lebih2 lagi di Misr. 

this is my last year in Egypt by the way. i'm surely will miss egypt very much even sometime in certain condition and situation you felt suffocate to live a life here. 

" hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri "

masa bergerak begitu pantas berlalu di antara kita. kehidupan ini berjalan dgn begitu pantas.. (Dr Asri)    


wallahua'lam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...