Thursday, July 28, 2011

Cintaku bermula di OT

Elective class utk sem ini sudah bermula. last elective for us. UROSURGERY pilihan hati aku kali ini. nk kata minat tu, mmg minat blaja system ni especially bab batu-batu dlm urinary system, x kira lah batu di ginjal ke, ureter ke, bladder ke, urethra ke. semalam baru terdengar ade protate stone? ade eyh?? kenape aku baru tau ni?? ke tau tapi lupe?? hoho.. la adrii =D

First day terus kene masuk OT (operation theater). tengok Dr Ahmad & Dr Mustapha buat urethroplasty on 4 y.o boy with hypospadias (bukaan salur kencing berada di bahagian bawah penis). kebanyakan OT pada hari itu semuanya buat hypospadias repair. so, berdirilah aku and 2 org member yang lain, tekun melihat dua org Dr tu repair. sambil2 tu kami x segan silu ganggu Dr dgn soalan2 kami yg tah pape. hehe.. biaselah, budak baru belajar. 

First time jugak kami melihat dengan mata kepala triangular flap (nama scientific x ingat) and dartos flap yang digunakan utk kuat kan new distal urethral canal yang Dr telah buat supaya post-operative complication as fistula formation tak berlaku. catheter is place in urethra to make it hold its new shape dan tube ni kita buang 1-2 weeks after op.

Dalam OT tu, ada seorang Dr perempuan ni, cantik sungguh. anesthesiologist. rupanya Dr tersebut adalah tunang kpd Dr Mustapha. ceeewaaahh.. kecoh kejap kitorng. tengah2 operate tu Dr Ahmad sempat lagi mengusik dimana dia memberitahu kami bahawa Dr perempuan tu adalah isteri Dr Mustapha. mati-mati Dr Mustapha betolkan balik. berpeluh-peluh Dr Mustapha jadinye. haha. Dr perempuan tu pun senyum je. cinta mereka berputik di OT tu lah. fuyoooooo..so sweet.. sorang tu surgeon and sorang lg anesthesiologist. nice! diorang kata nk kawen tahun depan. hoho.. semoga Dr berbahagia! (Dr Mustapha malu-malu jadinye kene usik) =D

Permulaan cinta tak kenal tempat.. kat mane2 pun boleh jatuh cinta jangan jatuh tangga dah le (^.^) yang paling utama ialah cinta kepada Pencipta dan rasul Nya biar ia meliputi semua cinta. biarkan cinta suci itu ada dimana-mana, setiap waktu, setiap detik, setiap hembusan nafas. jangan pernah lupa DIA.

Semalam ikut Dr ke outpatient clinic pun bnyk kes hypospadias ni. org tua pun ade. sngat enjoy di outpatient clinic. ikut Dr like a shadow. tu lah kerja aku hari2 di elective. biar biar biar biar sampai Dr rimas. haha.. alhamdulillah smlm dpt tengok Dr buat  per-rectal (PR) examination, catheter insertion and frequent dilatation by catheter in case of urethral stricture (mild).  rasa tak sabar pulak nk tunggu next week, nak bertenggek kt outpatient clinic lagi. bersemangat nih!!

Urosurgery mmg kene pandai cari peluang utk dptkan ilmu, bukan hanya tunggu Dr masuk ajar satu2. ade peluang mane2 Dr yang available je kami redah, masuk n pasang telinga sebabnya Dr yg responsible utk group ak mcm nampak tak nampak je kami ni. haha. adakah kami ni invisible??? haha. x pe lah Dr. Dr letih bnyk kerje. so, kami serang Dr yg masih ade energy utk beri kami ilmu lagi pasal urosurgery ni. mumarridhah (nurse) pun sume baik2. tak garang. nak mintak ajarkan mcm mana nk ambik darah pun mrk senang hati sanggup ajarkan. jzkk .. 

'ilmu yang berguna walaupun sedikit, jika ianya dikongsi, memberi makna kepada si penerima, dan insyaAllah DIA akan membalas si pemberi dengan sebanyak2 pemberian dan kebaikan' 



p/s: nama dlm charctr ni adalah rekaan semata-mata. harap maklum :)

5 comments:

Anonymous said...

wahhh..cinta bermula d ot..nice3.. =P

LavenderloVer said...

minat pd surgery bermula di ot..hihi

Anonymous said...

minat pade awk bermula dari perkenalan d penghantar yahoo ..=P

LavenderloVer said...

heh???

Anonymous said...

selamat berpuasa miss lavenderlover.. =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...