Saturday, August 27, 2011

JANNAH; Matlamat Kita

SYURGA adalah matlamat hidup kita sahabat2 sekalian. jdikan syurga sebagai destinasi yang perlu kita capai dan perlu berusaha ke arah itu. alhamdulillah kita semua dilahirkan dlm keadaan Islam, dan moga2 kita juga mati dlm keadaan kita Islam. Islam yg menjadi agama kita, ditambah dengan iman dan taqwa insyaAllah kita layak memasuki syurga Allah yang sangat indah. 

Tetapi, persoalannya, setakat ini, adakah kita tercalon dlm golongan org2 yg layak memasuki pintu syurga Allah?? adakah kita layak bersama para nabi di sana??

"Berlomba-lombalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi org-org yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul Nya. itulah kurniaan Allah yang diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki. dan Allah mempunyai karunia yang besar." surah Al-Hadid; 21

Semalam, di masjid Sohabah, el-Gamaah, ketika menunaikan solat tarawikh, sy telah bertemu seorang wanita arab mesir yang sngat baik dan berlakulah conversation antara sy dengan nya walaupun bhs arab ammi sy tak lah begitu bagus, masih tergagap2, tapi masih memahami butir percakapannya. malunya 5 thn duduk di sini masih tak masyi bhs ammi :(

wanita itu berkata, sedekahlah walaupun segenih kepada masjid itu kerana masjid itu masih dlm pembikinan, masih bnyk yang perlu dibaik pulih untuk membina masjid yang kamil dan selesa utk beribadat. kerana segenih yang kamu sedekahkan atau wakafkan insyaAllah apabila kita mengingati masjid/sedekah yg kita salurkan kpd masjid itu, serta org ramai menggunakan masjid itu utk setiap kali beribadah, insyaAllah pahala dan gnajaran Allah tidak akan putus disalurkan balik kepada kita. 

Mak sy pernah berpesan, belilah apa saja utk upgrade kan surau kt kampung tu, kipas ke, sejadah, tasbih, carpet, penyapu, apa2 sahaja yang kita mampu, kerana setiap kali mereka menggunakannya utk tujuan yg baik, utk beribadat, utk rumah Allah, insyaAllah mendapat pahala tidak putus wlpn kita sudah tiada di dunia ini. syok kan! walaupun berada di alam lain, kita masih lagi mendapat ganjaran pahala drp dunia hasi dr sedekah jariah kita ketika kita masih hidup...:)

kami berkongsi2 cerita tentang mlm 27 ramadhan yang memang sngat hebat smbutan nya kerana masing2 eager memburu malam lailatul qadr. dia bercerita pengalamannya di Mekkah menunaikan umrah serta sempat dengan bulan ramadhan di sana. sy pun nak jgk merasa pengalaman seperti tu. tapi apakan daya, tiada rezeki utk pergi thn ini. dan dia mendoakan aku agar aku juga mempunyai kesempatan melihat ka'bah Allah itu nanti. amiiinn ya rab!

kemudian, ketika mahu pulang setelah selesai tarawikh, kami bersalaman dan sempat bertanya nama. kebiasaan org arab, mereka selalau mendoakan org lain ketika bercakap, bersalam, berjumpa, contohnya;
"Allah yubarik"
"Allah yusallimik"
"Allah  maaki"
......
dan aku pulak tak brape reti nak reply balik.aigoo. klu reply pun tambah aidhan/bardu (juga) je kat akhir ayat. tergagap2 aku mengeluarkan ayat. "izaii..umm....???" ttp wanita itu mengajarku bagaimana utk mendoakan org lain sebgai balasan org yg mendoakan kita.

"do'a lini bitadkhulil jannah!" 
terus dia memberi cadangan setelah melihat aku tergagap2 sebegitu sambil tersenyum. malu2nye aku

yaah! tak pernah terfikir di benakku utk reply sebegitu. "insyaAllah bitadkhulil jannah ya ukhti" akhirnya. kegagapan aku utk me reply doanya membuatkan aku malu sendiri dan tersedar, ya! itulah sebaik2 doa utk kita sesama muslim. patut kita mendoakan saudar2 kita sebegitu kerana ghayyah kita hidup di dunia ini adalah utk memasuki dan menjadi ahli SYURGA Allah. 

Ya rab, hati ku begitu gembira mlm td. terima kasih ya Allah menemukan aku dengan wanita yg baik itu yang menyedarkan aku. semoga Allah memberkatinya.. :)

syukran jazilan ya ukhti atas tunjuk ajar, nasihat, teguran, perangsang, doa2 mu terhadap ku dan air teh na'na' yg sedap itu. semoga kita berjumpa lagi, wlpn tak di dunia, di dlm syurga Allah insyaAllah :))


Wednesday, August 24, 2011

Indahnya Ramadhan

Uhuk.. tekak kering. almaklumlah puasa.. ke anda x puasa? huhu..

Bilik dah siap kemas, rumah dah tersusun rapi. mass cleaning lah kate kan hari ni. mana tak kene kemas, rumah agak terbengkalai sejak dua menjak ni akibat musim exam. x nyempat nk kemas2 rumah dengan buku2 yg masih perlu bnyak dibaca dan dihafal. hari ni, alhamdulillah.. mostly dah beres. housemates pun dah boleh lega tinggalkan rumah utk pulang ke Malaysia. tinggalkn kami di sini..uhuk2 :(

Fikir2 balik, duit bulan 8 dah masuk ke belum deh? lupa nk g check account dlm bank. harap2 nye tak de masalah lah. malas nak mereport2 pasal masalah duit tak masuk ni. ape2 pun kene pergi check. destinasi? CARREFOUR lah mane lagi. huhu..sambil2 check duit, draw out lah some money, then boley g shopping! 3 in 1.. hehe. carrefour lah tempat yg aku rase paling best utk jalan2 cuci mata smbil shopping. banyak kedai, bnyak pilihan. yg branded, yg local.. sume ade. harga klu sale lagi lah umph gtu nk shopping! especially bags & shoes !!

One day, aku pergi la carrefour utk kluarkan duit, mase ramadhan la kan, yang aku kagum sangat2 kebanyakan kedai2 kt situ memasang bacaan ayat2 suci al-quran even kedai calliope, belle, c&k... (kedai2 branded and local).. x bacaan suci alquran pun, mereka memasang lagu2 yg bernada soft, instrumental gtu, x pun mrk x pasang langsung music yg selalunya ni lagu berdengung telinge je dipasang. tapi bila ramadhan, meraka sangat menghormati bulan yang mulia ini walaupun aku rasa owner kedai tu bukan lah org yg beragama Islam... :)

Bila time nak dekat berbuka, masih dalam texi. alamak, budjet masa terlebih plak kan. tetibe pakcik taxi mengeluarkan sekotak kurma, kemudian menghulurkan kepada kami..
"khuddi balah. faddhalii...."
kami tersenyum sambil tangan laju saja mengambil kurma yg dihulur. afdhalnya membuka tanpa bertangguh. tak gitu? syukran ya usta!

Teringat bila aku pernah pulang ke rumah agak lambat kerana ada urusan, jam menunjukkan hanya beberapa minute lagi nk berbuka, tp aku masih di jalanan. ketika azan berbunyi, sorg pakcik arab menegur aku dan mengajak bersama berbuka di maidurrahman (jamuan berbuka puasa secara terbuka utk org ramai, disusun nya meja dan kerusi di tepi2 jalan). utk tidak menghampakan ajakan pakcik tu, aku pun mengambil beberapa biji kurma dan minum air sejuk yg disediakan. ramai yg berbuka di maidurrahman tu. kereta2 yg tgh laju pun berhenti seketika utk berbuka dan penganjur sngt welcoming pada mereka. tp most of people yg bebrbuka kt situ lelaki lah. perempuan jarang2 je kot. myb ade je tp sy je x nampak/tahu...

Mesti sy akan merindui saat berpuasa ramadhan di Mesir. bnyk kemanisan ramadhan yg dpt dirasa di sini. sungguh indah dan menkjubkan. tak lg rasa ramadhan di tanah suci kota Makkah. mesti lg zub! insyaAllah ada rezeki, umur panjang sy mahu ke sana.. yosh!

salam ramadhan utk semua ... :)

p/s: rindu rumah, mama, baba, adik2, kakak2, suasana kg.... :(

Tuesday, August 23, 2011

Khalas

ALHAMDULILLAH...

Kalimah yang mampu ku ulang2 setelah selesainya exam final 5th year faculty of medicine, alexandria university. hati gembira riang. kawan2 lain lagi berganda kegembiraan mereka. mana taknya, destinasi mereka selepas berjuang adalah tanah air tercinta. dapat bertemu keluarga, bercuti-cuti malaysia selama sebulan harapnya dapat melepaskan stress yang berganda2 terkumpul ketika musim peperiksaan. sampaikan ada yang tak  tidur malam sebabnya nak bagi khatam betul, bagi lekat dlm kepala. O.O mata pun dah jadi macam panda. tp bg aku tak dapat la nak jadi burung hantu seperti mereka. tidur aku perlu cukup. tambah2 di bulan puasa ni pulak kami ber exam. lagi lah memerlukan kekuatan diri yang sebenar. klu tak cukup tidur mcm mana badan nak charge banyak tenaga??kan?? rambut sama hitam tp cara lain-lain. kan.. :)

This time, summer holiday will be spend in Egypt. tak balik kampung pun. sob3.. gonna miss malaysia soo much. memang hati kuat tak nk balik sebelum ini sebabnya ada benda lagi penting yang perlu dilakukan time habis je exam nanti, tetapi urusan penting tu pulak cancel. waduh, runtuh dah satu tiang. klu survey tiket egypt-malaysia pulak harga agak berpatutan dah. tak la mahal mana. 3000 L.E lebih je. tp fikirkan balik tiket klia-kel tu ha yang sempit otak. harga punye la melmbung tinggi, ada tiket lagi ke tak tu wallahua'lam. ye lah, time2 nk raya, ramai org balik kampung masing2, tiket pun dah bnyk la yg sold out.. :(

Pastu bila dah habis exam, fikirkan balik apa yg nak dibuat time mase free nant, tengok member2 packing barang, siap dah tarik beg pergi airport, pot pet situ sini pasal nak balik, runtuh lagi satu tiang. rase homesick la plak. nak balik. kui3. mengada. haha.. 

"kuat kuat kuat kuat.. !!" hypnotic kan diri

Tiba-tiba rasa tak sabar nak tahu apa yang akan aku lakukan time holiday nnt. harap2 terisi dengan jayanya. tak mensia-siakn masa kebebasan yang diberikan. insyaAllah...

Puasa dah tinggal sikit dah kawan2. sudah malam ke 24. 10 malam terakhir ramadhan. malam2 yang dinantikan. malam2 yang akan meriah dengan pesta ibadah terutama di sini. tu lah sebabnya ramadhan di sini teramat-amat menyeronokkan. manusia kebanyakannya berlumba2 utk mengisi malam2 yang dijanjikan malam 1000 bulan. bukan sahaja utk 10 malam terakhir sahaja mereka memeriahkan malam dengan ibadah, malah dari awal2 ramadhan lagi. sangat kagum! 

Ribuan manusia tarawikh di
Gami' Ibrahim
Selain terawikh, qiamullail juga dah mula start. di masjid besar, ramai yang stay, tak balik rumah after terawikh, semata2 utk bersama Allah pd pertengahan malam sedangkan yang lain nyenyak dengan tidur mereka. jalan2 pun tak pernah sunyi. sentiasa hidup. so, keluar malam2 insyaAllah selamat kot. huhu.. jom kawan2, tingkat kan amal ibadah kita yuk! bila lagi kan, zaman2 muda ni lah kita kena gunakan masa utk memperbanyakkan lagi ibadah2 kita, yg wajib mahupun yang sunnat kerana kita tak tahu bila masa kita akan khalas..jangan tunggu bila dah tua baru nak mula kerana bila tua, bnyak yang dah lupa, kudrat dah kurang, sibuk dengan family, anak cucu cicit, harta... maka, zaman muda adalah muddah yang sangat sesuai utk  membina diri menjadi muslim yang jitu iman dan takwa. walaupun kita ganda amalan sedikit demi sedikit, insyaAllah akan menjadi bukit, penuh buku catatan amal yg dicatat. insyaAllah kita akan tergolong dalam golongan syababul qawi (remaja yang kuat)... :) 

By the way, dah nak masuk last year medical school dah. percaya x? rasa macam sngat sekejap masa berlalu. rasa tak percaya hidup di egypt ni dah 5 tahun. lama tuh. bulan 10 ni dah dapat title 6th year student. the most senior in med school. memang debaakk. haha.. ilmu kne hebat jugak la nmpaknya. amiinnn... rasa macam bnyk yang lacking. adoi. tak pa. ada masa 1 thn ni, belajar betul2 utk menjadi Dr yang competent. tp thn 6 jugak lah tahun yang paling mencabar dan menakutkan. harap2 nya aku tabah dah kuat! 

Duk kecoh2 ade 1 thn lagi blaja, member2 aku yang lain bnyk dah yang grad, dah start kerja pun dah ada. dah dapat earn money. wah! sangat kagum dengan kawan2. tahniah2. bila dah berduit tu tambah lagi 1 tanggungjawab kan. tanggungjawab apa? blanje makan kawan2 yg tak keje lagi la. huhu.. tapi aku plak tiba-tiba rasa fear nk keje. hua2.. >.< takut. pekerjaan yang paling menakutkan. hohoo.. 

Happy holiday kawan2 alexandrian skalian and selamat meneruskan berpuasa dan memburu malam 1000 bulan semua!  selamat hari raya!! haha ^.^

Makan durian jangan lupa org kt sini.. :D

Finish = Khalas
Start = Bada'

Friday, August 19, 2011

Zero Sifr

OooOooOooOooOoo


i'm exhausted
can't continue but must finish it !
if not i'm gona be like this...


mata pun dah jadi mcm ni O.O
OMG..
million and billion pun dah tahu brape angka zero daa
"billion dulu ke million dulu eh??"
"klu 0 tu banyak and ade kuasa 2 kat atas tu nk panggil ape eh?"
OMG
boley pulak soalan camtu terlintas kt dlm otak ku yg nyaris nk jam ni..
haha.. lucu laa
smpai kene cari kt wiki, 
1 000 000 = million
1 000 000 000 = billion (bi = dua)
1 x 1012 = trillion ..... + llion
dan akhirnya aku menggukkan kepala
"ooooooo... mcm tu keeee.." tu pun x tahu. brape lame tak blaja math?!! 
toing3.. kene sebijik
ni semua pasal bilangan sperm dan bilangan huruf o dlm penyakit yg berkaitan dengan sperm
haha.. adoiii
dermato + urosurgery
cepat2 lah habis exam. >.<!
tapi lepas exam habis nak buat ape pulak.. bosan pulak tak bace buku pasni
aigooo.. syndrome2 



p/s: 
* kawan2.. puasa dah masuk 10 mlm terakhir. mcm mane puasa2 yg lepas? bermutu kah? 10 mlm terakhir ni kite rebut jom!!
* sy x nak dengar lagu raya!! raya makan cekodok je lah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...