Saturday, August 27, 2011

JANNAH; Matlamat Kita

SYURGA adalah matlamat hidup kita sahabat2 sekalian. jdikan syurga sebagai destinasi yang perlu kita capai dan perlu berusaha ke arah itu. alhamdulillah kita semua dilahirkan dlm keadaan Islam, dan moga2 kita juga mati dlm keadaan kita Islam. Islam yg menjadi agama kita, ditambah dengan iman dan taqwa insyaAllah kita layak memasuki syurga Allah yang sangat indah. 

Tetapi, persoalannya, setakat ini, adakah kita tercalon dlm golongan org2 yg layak memasuki pintu syurga Allah?? adakah kita layak bersama para nabi di sana??

"Berlomba-lombalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi org-org yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul Nya. itulah kurniaan Allah yang diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki. dan Allah mempunyai karunia yang besar." surah Al-Hadid; 21

Semalam, di masjid Sohabah, el-Gamaah, ketika menunaikan solat tarawikh, sy telah bertemu seorang wanita arab mesir yang sngat baik dan berlakulah conversation antara sy dengan nya walaupun bhs arab ammi sy tak lah begitu bagus, masih tergagap2, tapi masih memahami butir percakapannya. malunya 5 thn duduk di sini masih tak masyi bhs ammi :(

wanita itu berkata, sedekahlah walaupun segenih kepada masjid itu kerana masjid itu masih dlm pembikinan, masih bnyk yang perlu dibaik pulih untuk membina masjid yang kamil dan selesa utk beribadat. kerana segenih yang kamu sedekahkan atau wakafkan insyaAllah apabila kita mengingati masjid/sedekah yg kita salurkan kpd masjid itu, serta org ramai menggunakan masjid itu utk setiap kali beribadah, insyaAllah pahala dan gnajaran Allah tidak akan putus disalurkan balik kepada kita. 

Mak sy pernah berpesan, belilah apa saja utk upgrade kan surau kt kampung tu, kipas ke, sejadah, tasbih, carpet, penyapu, apa2 sahaja yang kita mampu, kerana setiap kali mereka menggunakannya utk tujuan yg baik, utk beribadat, utk rumah Allah, insyaAllah mendapat pahala tidak putus wlpn kita sudah tiada di dunia ini. syok kan! walaupun berada di alam lain, kita masih lagi mendapat ganjaran pahala drp dunia hasi dr sedekah jariah kita ketika kita masih hidup...:)

kami berkongsi2 cerita tentang mlm 27 ramadhan yang memang sngat hebat smbutan nya kerana masing2 eager memburu malam lailatul qadr. dia bercerita pengalamannya di Mekkah menunaikan umrah serta sempat dengan bulan ramadhan di sana. sy pun nak jgk merasa pengalaman seperti tu. tapi apakan daya, tiada rezeki utk pergi thn ini. dan dia mendoakan aku agar aku juga mempunyai kesempatan melihat ka'bah Allah itu nanti. amiiinn ya rab!

kemudian, ketika mahu pulang setelah selesai tarawikh, kami bersalaman dan sempat bertanya nama. kebiasaan org arab, mereka selalau mendoakan org lain ketika bercakap, bersalam, berjumpa, contohnya;
"Allah yubarik"
"Allah yusallimik"
"Allah  maaki"
......
dan aku pulak tak brape reti nak reply balik.aigoo. klu reply pun tambah aidhan/bardu (juga) je kat akhir ayat. tergagap2 aku mengeluarkan ayat. "izaii..umm....???" ttp wanita itu mengajarku bagaimana utk mendoakan org lain sebgai balasan org yg mendoakan kita.

"do'a lini bitadkhulil jannah!" 
terus dia memberi cadangan setelah melihat aku tergagap2 sebegitu sambil tersenyum. malu2nye aku

yaah! tak pernah terfikir di benakku utk reply sebegitu. "insyaAllah bitadkhulil jannah ya ukhti" akhirnya. kegagapan aku utk me reply doanya membuatkan aku malu sendiri dan tersedar, ya! itulah sebaik2 doa utk kita sesama muslim. patut kita mendoakan saudar2 kita sebegitu kerana ghayyah kita hidup di dunia ini adalah utk memasuki dan menjadi ahli SYURGA Allah. 

Ya rab, hati ku begitu gembira mlm td. terima kasih ya Allah menemukan aku dengan wanita yg baik itu yang menyedarkan aku. semoga Allah memberkatinya.. :)

syukran jazilan ya ukhti atas tunjuk ajar, nasihat, teguran, perangsang, doa2 mu terhadap ku dan air teh na'na' yg sedap itu. semoga kita berjumpa lagi, wlpn tak di dunia, di dlm syurga Allah insyaAllah :))


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...