Tuesday, August 23, 2011

Khalas

ALHAMDULILLAH...

Kalimah yang mampu ku ulang2 setelah selesainya exam final 5th year faculty of medicine, alexandria university. hati gembira riang. kawan2 lain lagi berganda kegembiraan mereka. mana taknya, destinasi mereka selepas berjuang adalah tanah air tercinta. dapat bertemu keluarga, bercuti-cuti malaysia selama sebulan harapnya dapat melepaskan stress yang berganda2 terkumpul ketika musim peperiksaan. sampaikan ada yang tak  tidur malam sebabnya nak bagi khatam betul, bagi lekat dlm kepala. O.O mata pun dah jadi macam panda. tp bg aku tak dapat la nak jadi burung hantu seperti mereka. tidur aku perlu cukup. tambah2 di bulan puasa ni pulak kami ber exam. lagi lah memerlukan kekuatan diri yang sebenar. klu tak cukup tidur mcm mana badan nak charge banyak tenaga??kan?? rambut sama hitam tp cara lain-lain. kan.. :)

This time, summer holiday will be spend in Egypt. tak balik kampung pun. sob3.. gonna miss malaysia soo much. memang hati kuat tak nk balik sebelum ini sebabnya ada benda lagi penting yang perlu dilakukan time habis je exam nanti, tetapi urusan penting tu pulak cancel. waduh, runtuh dah satu tiang. klu survey tiket egypt-malaysia pulak harga agak berpatutan dah. tak la mahal mana. 3000 L.E lebih je. tp fikirkan balik tiket klia-kel tu ha yang sempit otak. harga punye la melmbung tinggi, ada tiket lagi ke tak tu wallahua'lam. ye lah, time2 nk raya, ramai org balik kampung masing2, tiket pun dah bnyk la yg sold out.. :(

Pastu bila dah habis exam, fikirkan balik apa yg nak dibuat time mase free nant, tengok member2 packing barang, siap dah tarik beg pergi airport, pot pet situ sini pasal nak balik, runtuh lagi satu tiang. rase homesick la plak. nak balik. kui3. mengada. haha.. 

"kuat kuat kuat kuat.. !!" hypnotic kan diri

Tiba-tiba rasa tak sabar nak tahu apa yang akan aku lakukan time holiday nnt. harap2 terisi dengan jayanya. tak mensia-siakn masa kebebasan yang diberikan. insyaAllah...

Puasa dah tinggal sikit dah kawan2. sudah malam ke 24. 10 malam terakhir ramadhan. malam2 yang dinantikan. malam2 yang akan meriah dengan pesta ibadah terutama di sini. tu lah sebabnya ramadhan di sini teramat-amat menyeronokkan. manusia kebanyakannya berlumba2 utk mengisi malam2 yang dijanjikan malam 1000 bulan. bukan sahaja utk 10 malam terakhir sahaja mereka memeriahkan malam dengan ibadah, malah dari awal2 ramadhan lagi. sangat kagum! 

Ribuan manusia tarawikh di
Gami' Ibrahim
Selain terawikh, qiamullail juga dah mula start. di masjid besar, ramai yang stay, tak balik rumah after terawikh, semata2 utk bersama Allah pd pertengahan malam sedangkan yang lain nyenyak dengan tidur mereka. jalan2 pun tak pernah sunyi. sentiasa hidup. so, keluar malam2 insyaAllah selamat kot. huhu.. jom kawan2, tingkat kan amal ibadah kita yuk! bila lagi kan, zaman2 muda ni lah kita kena gunakan masa utk memperbanyakkan lagi ibadah2 kita, yg wajib mahupun yang sunnat kerana kita tak tahu bila masa kita akan khalas..jangan tunggu bila dah tua baru nak mula kerana bila tua, bnyak yang dah lupa, kudrat dah kurang, sibuk dengan family, anak cucu cicit, harta... maka, zaman muda adalah muddah yang sangat sesuai utk  membina diri menjadi muslim yang jitu iman dan takwa. walaupun kita ganda amalan sedikit demi sedikit, insyaAllah akan menjadi bukit, penuh buku catatan amal yg dicatat. insyaAllah kita akan tergolong dalam golongan syababul qawi (remaja yang kuat)... :) 

By the way, dah nak masuk last year medical school dah. percaya x? rasa macam sngat sekejap masa berlalu. rasa tak percaya hidup di egypt ni dah 5 tahun. lama tuh. bulan 10 ni dah dapat title 6th year student. the most senior in med school. memang debaakk. haha.. ilmu kne hebat jugak la nmpaknya. amiinnn... rasa macam bnyk yang lacking. adoi. tak pa. ada masa 1 thn ni, belajar betul2 utk menjadi Dr yang competent. tp thn 6 jugak lah tahun yang paling mencabar dan menakutkan. harap2 nya aku tabah dah kuat! 

Duk kecoh2 ade 1 thn lagi blaja, member2 aku yang lain bnyk dah yang grad, dah start kerja pun dah ada. dah dapat earn money. wah! sangat kagum dengan kawan2. tahniah2. bila dah berduit tu tambah lagi 1 tanggungjawab kan. tanggungjawab apa? blanje makan kawan2 yg tak keje lagi la. huhu.. tapi aku plak tiba-tiba rasa fear nk keje. hua2.. >.< takut. pekerjaan yang paling menakutkan. hohoo.. 

Happy holiday kawan2 alexandrian skalian and selamat meneruskan berpuasa dan memburu malam 1000 bulan semua!  selamat hari raya!! haha ^.^

Makan durian jangan lupa org kt sini.. :D

Finish = Khalas
Start = Bada'

3 comments:

..Oltromen solehah... said...

sama2 kuat bid!..T_T.. pulun jangan x pulun..pose da nk abis nih!hehe..slamat memburu al-Qadr~

Unknown said...

yosh ogie! :)

Anonymous said...

setahun je lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...