Hari ini adalah hari Arafah, iaitu hari yang ke-9 dari bulan Zulhijjah di mana banyak kelebihan pada hari 10 pertama bulan Zulhijjah. tidak ramai yang mengetahui ganjaran disebalik hari2 ini. kebanyakan kita hanya mengetahui kelebihan pada malam 10 terakhir ramadhan sahaja dan berebut2 utk mendapatkannya. kenapa kita tidak cuba merebut pahala dan ganjaran pada 10 hari pada bulan Zulhijjah?? aku sendiri alpa..
Maka rebutlah peluang pada 10 hari Zulhijjah ini dengan melakukan amalan2 yang dianjur padanya. antaranya:
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan.
2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.
3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya.
4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah.
5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya.
6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).
8. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah.
10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.
Jom berpuasa beramai-ramai pada hari ini. never to late utk merebut peluang2 sebegini. lakukanlah amalan2 soleh keranaNya. niat mestilah betul, bukan untuk mejaga ego (bila tengok org berpuasa sunat, dia pon turut nak puasa juge hanya utk bermegah diri). seperti kanak-kanak yang singkat akalnya. insyaAllah kita tidak begitu. semoga segala amalan dan ibadah diterima Allah.. wallahua'lam =)
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa Baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.
Maka rebutlah peluang pada 10 hari Zulhijjah ini dengan melakukan amalan2 yang dianjur padanya. antaranya:
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan.
2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.
3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya.
4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah.
5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya.
6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).
8. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah.
10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.
Jom berpuasa beramai-ramai pada hari ini. never to late utk merebut peluang2 sebegini. lakukanlah amalan2 soleh keranaNya. niat mestilah betul, bukan untuk mejaga ego (bila tengok org berpuasa sunat, dia pon turut nak puasa juge hanya utk bermegah diri). seperti kanak-kanak yang singkat akalnya. insyaAllah kita tidak begitu. semoga segala amalan dan ibadah diterima Allah.. wallahua'lam =)
No comments:
Post a Comment