Jika mahu hidup maka perlu berjaya. tanpa kejayaan apa sangatlah kita. untuk mencapai kejayaan bukan hanya dengan mengerlipkan mata, mengharap ia jatuh bergolek-golek di atas riba. kejayaan tanpa usaha bagaikan pokok yang tumbuh tanpa baja, mahu ia tumbuh tinggi tapi malas untuk menabur baja, menyiram ia dengan air tapi hanya menugkat dagu, mengharapkan hujan turun cukup untuk memberi ia minum.
Kejayaan yang dikejar bukan hanya untuk dunia, malah kejarlah kejayaan yang sebenar di akhirat sana. umpama diri yang bermusafir. masih terkial-kial mencari destinasi. bekalan habis sehari demi sehari. jika bermusafir tanpa ilmu, maka alamamtnya musafirmu gagal menapak ke tempat yang dituju. jika musafirmu penuh dengan pengisian ilmu, maka ilmu itu memandumu jalan yang lurus utk mencapai destinasi yang di impikan.
Maka, jangan mudah putus asa. never give up. kerana hidup ini umpama sungai yang mengalir. tak akan putus melainkan pabila jasad terpisah. setiap saat, setiap waktu, peluang yang ada kita gunakan sebaiknya. tajdidkan niat, bersihkan hati. andai kita alpa, kembalilah segera ke alam nyata.
***********************
No comments:
Post a Comment