Saturday, November 13, 2010

Keliru

Aku keliru. fikiran aku buntu. betulkah apa yang aku putuskan ini? adakah keputusan dan tindakan aku ini adalah benar dan betul buat aku? adakah Allah meredhainya?
(resah gelisah, haru biru)


MAKA
beristikharahlah


أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala



Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.


Doa selepas selesai solat istikharah:

"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........ baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."


Pilihan dibuat selepas meminta pertolongan dari Nya adalah lebih afdal dan membuatkan kita lebih yakin untuk memilih dan membuat keputusan. buatlah keputusan melalui perkiraan yang betul dan bukanlah dengan membuta tuli atau menurut hawa nafsu..


solat tiang agama, pengukuh jiwa





 

2 comments:

Anonymous said...

Kakak...tahniah sebab berjaya membuat blog...heheheh...andy baco sapa nok tkehel perut baco entry 1st kakak...hehehe....best2!!keep it up kakak...andy akn jd pembaca setia kakak...hip hip horeyyy...

Unknown said...

haha.. sengal la andy! btw syukran.. yang mane baik ambil yg mane kureng tu jgn tiru plak.gagagaa.. kak pon akan jd pembace blog andy yg setia smpai gtu..;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...