Masa begitu cepat aku rasakan. tak sangka sudah 5 tahun aku di sini. mempelajari ilmu berkaitan dengan manusia. engineering of human body.hoho. nak jugak kan letak engineer. dengki ngan kawan2 yang ambil course tu. tp mungkin ini adelah my destiny. bersyukur saja and go on fighting toward it. bukan mudah utk mencapai cita-cita. sape kate jd cikgu mudah? sape kate jd engineer cool? sape kate jd doctor best? sape kate bla bla bla.. so stop complaining and just live your life up. be the best, not for others but for ourselves.
Taxis in Alex |
Sepanjang 5 tahun aku di sini, banyak pengalaman, suka duka kehidupan yang telah aku lalui. aku rasa banyak yang duka kot. mana tak nya, hari2 main dengan gelagat orang sini yang kadang2 tu rase fed up and menyampah sangat2. huh! tapi aku jenis yang tak suke tunjuk kegeraman aku secara real. kang nanti orang semua lari =P. rakyat sini juge pelik kenapa kami2 ni memilih univ di sini utk melanjutkan pelajaran. "bilady mush kuwaiyyis!" (negara aku tak elok). mereka sendiri mengaku. tak leh blah.. tambah2 lagi sekarang ini negara mereka mengalami inflasi. barang kebanyakannya naik harga. texi pon dah semakin demand. tempat yang dituju tak lah jauh sangat. biasanya boleh la kasi dalam 3 L.E tp sekarang, mahunya mintak 5 L.E. tak boleh lupe incident paga tadi. ya rab. rase nak tumbuk pacik (lingkungan umur 20 thn lebih) tu. pandainye lah nak tipu kami ni. mentang2 lah kami ni bukan rakyat kamu. senang2 nak bodoh2 kan kami. tau tak pacik. duit yang kamu ambil tu mungkin haram bagi kamu. semoga Allah membalas nya dengan balasan yang setimpal. Masalah memang banyak la bila berada di negara orang, jauh dari keluarga lagi. Biasa la tu kan. Aku patut bersyukur kerana aku still can cope with daily life’s problems and stress. Ini menunjukkan aku punye mental sehat. excellent mental health. yeay! Alhamdulillah..
(Closing bad stories)
Yang best nye hari ni aku cuti. Kami cuti. Yeay lagi!! Seminggu pulak tu, bersempena hari raya Aidiladha. Di sini hari raya korban disambut meriah, lebih happening daripada hari raye puasa. Setelah berhempas pulas dalam 1 bulan lebih di jabatan perbidanan dan sakit puan(Ob/Gyn) dan sekarang di jabatan neuropsychiatric, rase otak ini perlukan rehat rehat dan rehat sehingga terasa bosan dan mula membuka buku semula. Semangat yang sebelum ini sedikit demi sedikit hilang akan aku cari balik sampai ke lubang cacing. Mane tak nya exams OSCE dah nk dekat laaa..kabo sket. insyaAllah hopefully jumpe lah ye.
Raye dah nak dekat, tak korban ke?? Tahun ni aku tak berkorban kot sebabnya aku kira budjet duit tak cukup lah utk tahun ni. Banyak rasenye nk kene guna duit. Utk itu la, ini la. Barang dah mahal weh (complain lg). padahal dalam otak cuti ni nak pegi shooping tingkap di Green plaza, Care4, San Stefano. Window shopping je. Je!! Huh..haih. lembu2 dan kambing2 pun dah mula kelihatan di tepi kedai2, streets, belakang bangunan, dalam rumah mungkin ade kot. Org arab. Hoho.. bile lalu je kat jalan2 tu sure bau harum semerbak la. Tak tahan..haha. dah la rumah aku ardhi (tingkat bwh). Memang kalau bau binatang punye barang terbuang tu ade di jalan depan rumah ni mulalah menyusup masuk bilik aku melalui tingkap yang lame tak terbuka. Woaahh.. nak makan pun tak lalu.huhu..nak buat macam mana, sabar je lah. Tapi akan lebih seronok bila tiba hari raya yang merupakan hari berdarah; “dam 3ala toriq” (darah di jalanan).. nak tahu apekah hari berdarah itu? Tunggu entry hari raya korban nanti..(kalau ada)
Holiday kali ni spend kat alex je lah rasanya. Malas nak keluar. Lagi pun nak simpan duit sedikit untuk jadikan modal perjalanan insyaAllah ke Turki dan Greece pada cuti mid year nanti. Tak sabar pula rasanya. Setengah student yang lain ada keluar melancong ke luar egypt, ade yang pergi menyambut raya di kaherah. Masing2 mungkin sudah bertolak ke destinasi yang dituju. Wokeh. Now I want to start my holiday, enjoying it by watching movies!!! Haha.. (perhabiskan tengok sume movie yang ada dalam external then nak delete. Banyak lagi yang tengah tunggu turn untuk diisi) =P
Enjoy your times while you are not occupied by any works.. (^,-)// ..wallahua'lam..
2 comments:
Cik Ilah, buat apa nak dengki dgn org yg amik engineering? Ingat senang ke cik ilah.. Lagi2 mcm saya ni, struggle habis.. Dah la x ramai perempuan.. Dalam kelas ada sue n sorg lg ppuan je. Yg lain lelaki. Pastu nak kena baca buku n cakap sume dalam deutsch (wlpun dah hampir 2 tahun, still gagap2 lagi.)
x pe sue! org pon same le cakap arab pon tunggang tebalik, kacau bilau wlpn dah 5 thn duk mesir! haha.. yg penting usehe! cayoookk!!
Post a Comment