Thursday, December 30, 2010

Strange Cases

Yesterday and several days before, during clinical round at pediatrics department, i'd opportunities to see some strange cases which i never seen before.


(Hypertelorism)
(1) A case of a young girl with hypertelorism which is an abnormally increased distance between two organs or bodily parts, usually referring to an increased distance between the eyes (orbital hypertelorism), seen in a variety of syndromes include Apert syndrome, Noonan syndrome, Crouzon syndrome,  1q21.1 duplication syndrome, Cri du chat syndrome and so on. this girl having Richard schinzel syndrome if i'm not mistaken. i inspected her abdomen and she had no nipples, the trunk was bit large and she urinate through urinary catheter, she can walk, talk slightly, smile to others... (kesian adik tu..) 


(hypotonia)
(2) 11 month baby girl having a disease called Werdnig-Hoffmann disease (neuromuscular disease). this poor baby had severe hypotonia (floppy baby), atrophic muscles mass, absent tendon reflex, tongue fasciculation, recurrent respiratory infection, pronated position of upper limbs.. ya Allah, seriously she's so cute. so adorable. but this disease have no specific treatment,no cure and only supportive measures can be given to her.. 


(3) A young girl having thalassemia (blood disorder) which presented by very huge spleen (splenomegaly). unfortunately i'd no opportunity to palpate her abdomen, i think she will refused to be examine by anyone. But by just inspection, she had huge distended abdomen (like pregnant women) while her body was just small. the rest of findings i didn't know in detail. i'd found similar cases before in adult patient (in surgery department last year) but case of very huge splenomegaly in children is the first time for me to see it..


(not that baby)
(4) Pernah dengar tak kisah 'bayi ular'? bayi yang dilahirkan rupanya seperti ular. baru2 ni, di Hospital Syatby, Alex kecoh dengan kelahiran bayi ini yang sebenarnya mempunyai Harlequin type ichthyosis (harlequin ichthyosis, ichthyosis congenita, keratosis diffusa fetalis). sejenis penyakit kulit yang parah (severe hyperkeratosis) disebabkan berlakunya mutasi pada genABCA 12 which is responsible for production of certain protein essential for growth of normal skin. so, mutation of gen ABCA12 leads to ABCA12 proteins loss of its functions in forming normal epidermis. Hal ini menghalang kulit dari mendapatkan perlindungan yang berkesan lalu menyebabkan kulit menjadi keras dan bersisik. 
Aku sempat melawat bayi itu di resuscitation room. aku ingin melihat dengan mata kepala sendiri. masyaAllah! kesian dia. keadaannya sangat daif.. lapisan keratin kulitnya menebal all over the body membentuk sisik-sisik tebal kemerah-merahan. semasa aku masih dlm bilik itu, that baby still breathing dengan bantuan oxygen. then, i got news that herliquin baby passed away on the same day in the evening. innalillah.. mungkin itu yang terbaik untuknya. sememangnya, bayi Harlequin selalunya tidak dapat bertahan untuk hidup lama. Hal ini kerana rekahan-rekahan pada kulit yang mengeras tersebut memudahkan bakteria atau bahan tercemar menembusi badan seterusnya mengakibatkan jangkitan yang boleh membawa maut.


Bermacam-macam kejadian yang pelik-pelik berlaku sekarang ini kan? tapi bila di renungkan kembali, semua penyakit/kejadian ini adalah merupakan satu ujian dari Allah s.w.t agar kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, yang sudah lengkap pada diri kita. Dia juga mahu menunjukkan betapa Dia Maha Berkuasa ke atas sesuatu kejadian dan hanya Dia yang mengetahui dan memilik ilmu yang sangat luas berbanding dengan ilmu manusia yang terbatas. sama-samalah mengambil iktibar atas segala kejadian yang berlaku di atas muka bumi ini...


Wallahua'lam...


p/s: i'm laking in grammar. hate it since in primary school till now. if there is mistakes, just ignore it..haha (^o*)' toing2!

Monday, December 27, 2010

Bola

TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA !!!
MALAYSIA BOLEH !!!
Ooo Yeah !!

Aku bangga giler dengan kemenangan skuad Malaysia semalam di mana Malaysia telah melawan Indonesia dalam perlawanan bola sepak piala suzuki AFF 2010. such brilliant moves. walaupun pada mulanya Malaysia dikalahkan teruk oleh pasukan negara seberang dengan 5-1, Malaysia menapak dengan lebih berani sehinggalah tiba ke perlawanan akhir. kekalah sebelum ini dijadikan pacuan semangat mereka. wah, aku betul-betul kagum. bukan mudah untuk menang dan bukan senang untuk membawa Malaysia ke puncaknya. betapa besar tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu para pemain. congratulation again!.. 

Sedihnya aku tak dapat nak tengok match semalam. i wish i could be at the stadium last night.. =( 

Kenapa kita tak mahu menjadi seperti mereka, pemain2 skuad kebangsaan?? kita juga rakyat Malaysia. kita juga boleh menjadi yang terbaik, boleh mengharumkan nama negara. walaupun kita tak turun ke padang untuk berlawan, tapi kita boleh turun ke bidang masing2 dan do our best to master it dan kemudian dicurahkan segala ilmu utk membntu masyarakat. betol tak? so, let start our moves and plan our paths to achieve our aim and mission. (^.^)



wallahua'lam...

Saturday, December 25, 2010

A Call

       Semalam call family tercinta. owh, miss them like crazy. nasib baik call clear je. alhamdulillah. my mom pun tak complain dah. rindu my mom's voice!! but my dad and the youngest bro were not at home. sob2.. next time kite borak2 lg. anyway, banyak news yang dapat dikorek dan 'ter'bocor semalam. memang nice lah.huhu.. 
       My sister dah start kerja. being flexible teacher in a school which surrounded all around by forests.haha.. sekolah ulu mana la yang dia dapat. apapun bersyukurlah kerana masih diberi dan dipermudahkan rezeki oleh Allah s.w.t. Dapat gaji 1st mesti seronok giler. katanya hendak dibuat kenduri nanti. alhamdulillah..jgn lupa orang di sini juga ya =P
       Adik aku dapat anugerah dekan lagi. memang hebat. kalah aku nampaknya. tahniahlah ye cik adik skema =P. 
       Adik aku lagi yang telah habis exam besarnya itu banyak membuang masa dirumah nampaknya. goyang kaki selepas pulun study yang rasanya tak lah rajin bebenor pulunya. tak pa lah. setiap individu itu ade tahap keupayaan diri sendiri. just do your best and be a good son. jangan buat masalah banyak ye. =P 
        Adik aku lagi sudah pandai bawa motor nampaknya. boncingkan my dad ke surau dah. nice! maknanya, adik aku dah semakin meninggilah dan matang nampak gayanya. tambah lagi driver moto kat rumah. yes! dia cepat betul membesar tapi tidak melebar. kurus kering sampai dari jauh dapat aku bilang ribs dia. =P
        Rumah sudah siap renovate. cuma dinding tidak bercat lagi kata my mom. mana tak nya, hujan mencurah-curah turun setiap hari. rumah arwah nenek aku di pasir mas sure dilanja banjir tapi rumah tu jenis rumah yang tiang tinggi. jadi tidak risau sangatlah jika air bah naik. wah, tiba-tiba rindu untuk mendayung kolek kecil, berenang bersama saudara mara di sana + lintah besar-besar. (>.<)!  
        Sepupu aku dah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. aku bila pula?? haha.. sabar itu separuh dari iman. bagi chance kat orang-orang tua dulu menjadi raja sehari. semoga anda berbahagia selalu ya =)




wallahua'lam..

Thursday, December 23, 2010

Ilyoum iTa'ban

Exhausted day. otak dan badan dah letih. mlm semlm tidur tak lena. mlm ini wallahua'lam. harap2 keletihan ini cepatlah berlalu dan hilang selepas badan mendapat isterehat yg secukupnya. banyk benda nk di tulis sebenarnya. tetapi akibat tiredness yg melampau-lampau, jari jemari tekan saja mana yang terlintas. spontaneous fingers-brain association.

Isn't my new blog's background template is nice? such nice.love it. love daisy =) ada sape2 nk kasi sy bunge idup tak? anyone? anybody? bunga plastic i reject. huhu.. hidup ak penuh dengan bunga rupanya. bukan minah bunga ya. no no no. tp wallpaper kt mana2 je, laptop ke, fb punye profile pic, mesti based on flowers with cool and soft colour background. sejuk mata memandang. ceria bila dilihat.

Tadi naik lori dengan ammu (pakcik) yang best. apa yg best nye die bawak dia punya lori secara mengundur. 'gostan'. punye la bedebar ak yang duduk kt depan ni. tp mmg hebat lah ammu ni. smooth je die undurkn lori tu dari 1 simpang besa ke simpang lain. jauh plak tu lori undur. jalan pulak jln utama. klu jln biasa ni x kesah la sangat. hoho. mmg thumbs up la for ammu lori !

Love like oxygen. without love we doesn't exist. love make life stable and in peace. all together are in balance. we need love. we must have love and be loved by others. the true greatest love we must obtain is love from Allah, the Only Creator.

Today's nasehah:
CARILAH HATIMU SEWAKTU MEMBACA AL-QURAN.... JIKA KAMU TIDAK TEMUI, CARILAH HATIMU KETIKA MENGERJAKAN SOLAT,JIKA KAMU TIDAK TEMUI,CARILAH HATIMU KETIKA DUDUK TAFAKUR MENGINGATI MATI..., JIKA KAMU TIDAK TEMUINYA JUGA BERDOALAH KEPADA ALLAH PINTA HATI YANG BARU...." 


Wallahua'lam..

Tuesday, December 21, 2010

Si Kecil

Aku bersimpati melihat si ibu muda itu. Ibu pada si anak kecil itu. Kepala anaknya diusap-usap, didukungnya erat-erat. Wajah si ibu muda itu kelihatannya tidak menampakkan ceria. Si anak yang masih kecil terbatuk-batuk, pucat mukanya. “anakku tidak seperti anak-anak yang lain..kesian anakku”  gusar hati si ibu.

Si kecil permata pertama bagi si ibu muda itu, yang sepatutnya membawa kebahagian dan kegembiraan seisi keluarga kini menjadi si kecil yang membuatkan jiwa si ibu dan si bapa keluh kesah. Mungkin ini ujian dari Allah s.w.t terhadap mereka. Dia lah yang berkuasa terhadap sesuatu. Maka bersabarlah wahai si ibu, wahai si bapa.

Jantung si anak kecil yang berdegup agak kencang, meresahkan jiwa si ibu. Organ yang sangat penting bagi tubuh si kecil itu didapati mempunyi congenital anomaly iaitu ventricular septal defect (VSD) yang bermaksud septum pembahagi di antara dua chambers (ventricle) jantungnya itu mempunyai lubang samada kecil atau besar. Peredaran darah menjadi tidak seperti biasa, melencong ke laluan yang tidak sepatutnya. Peparu nya juga turut terlibat akibat anomaly di jantungnya itu. Si kecil terdedah kepada recurrant chest infection dan pulmonary hypertension yang boleh membawa fatal jika tidak dirawat dengan segera.

Penyakitnya itu membuatkan dia tidak sedap badan, irritable, keletihan dan sukar bernafas serta kebiruan di mukanya lebih-lebih lagi apabila dia menyusu badan dari si ibu. Ini menyebabkan si kecil mengalami failure to thrive jika dia tidak mendapat nutrisi dan susu ibu yang mencukupi.

Senyuman si kecil menggugat jantungku. Renungan matanya meruntun jiwa. Oh, si kecil, betapa kuatnya kamu menghadapi ujian itu walaupun kamu masih kecil. Aku, yang sebesar ini, tidak kuat rasanya jika diberi ujian seperti itu. Tidak tertanggung beban. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Si kecil, semoga kamu cepat-cepat sembuh. Jadi anak yang kuat, yang soleh, berbakti pada ibu dan ayahmu yang banyak berjasa. Rabbuna yuqawwi..amin ya Rab

Wallahua’lam.. 

Monday, December 13, 2010

Sa3ah awi kholis

Rainbow after the storm (not in Egypt)
Winter sudah datang lagi. hujan dan ribut menjadi pembuka musim. Selama dua hari pergi ke kuliah di tolak dan melawan angin yang kencang. nasib baik tidak diterbangkannya sekali (aku dah berat mungkin). Hujan air dan hujan batu semua aku redah semata-mata untuk ke kuliah. Pokok-pokok banyak tumbang, condong, batang lampu jalan banyak yang sudah lentok, papan tanda jatuh menghempas bumi, pondok telefon yang selama ini berdiri tegak kini terbaring di tanah. Terdapat juga kematian akibat ribut yang melanda dua hari lepas. Inalillahiwainnailaihi rojiun. Maka, aku sentiasa berwaspada. Hanya Allah tempat aku berlindung. Sungguh dasyat penangan musim sejuk tahun ini nampaknya...

Status-status di mukabuku terutamanya dari kawan-kawan seangkatan, banyak mengomen perihal cuaca buruk yang menimpa negara ini. Masing-masing tidak lepas peluang berkongsi idea dan pengalaman 'risky behavior' pada hari-hari tersebut. Mana tidaknya, kuliah di tepi pantai mediterranean. Air ombak sangat tinggi, menghempas pantai dan batuan pantai begitu kuat, memercikkan air masin sehinggakan membasahi corniche. Gerun tidak terkata..

Air mula sejuk membeku. Lebih sejuk daripada peti ais kiranya. Bilik dah jadi fridge tidak berelektrik. Nak mandi pun berfikir 100 kali. Menggigil badan sejuk tak terkata. Nasib baik tidak mencapai tahap gangren tangan dan kaki. Malam-malam tidur tak lena dan semestinya mandi tak basah. Tetapi, makan lagi selera nampaknya, tambah lemak untuk membakar agaknya. Selimut pun banyak buat kerja. Mata asyik mahu tertutup saja. huhuuu...

Semangat di musim sejuk ini semakin mendingin nampaknya. Extremities membeku, capillaries mengecut. harap-harap otakku tak membeku. Jika tidak froze la traffic neurotransmitter dan electrical stimulant dari satu neuron ke neuron yang lain dalam nervous system ni. Aku tak boleh biarkan diri aku berhibernasi seperti ratikus si makhluk kecil yang sakarang ini nampaknya bertapa di gua tempat persembunyian mereka. Amanlah kau di sana ya.

Bila musim sejuk nak rasa panas, bila musim panas mengeluh nak sejuk. hish, manusia ini memang susah hendak bersyukur. Bersyukurlah kerana Allah masih menjaga dan memelihara kita daripada segala musibah yang menimpa. Mungkin kejadian ini merupakan massages dari Allah agar kita membuka mata melihat kekuasaannya dan sentiasa beristighfar serta mengingatiNya. Jika kita alpa, maka cepat-cepatlah kita kembali semula. Life is a road for remembering Him. Open your eyes widely to see His greatest signs. Semoga hati kita dekat dengan Nya..

Hujan air batu

Ombaaaakk besaar !!
Air melimpah ke jalanan. ombak menggunung.
Traffic jam giler2 punye

Those pictures were taken by M Photography, picturing the real bad weather occurred two days ago in Alexandria and most of places in Egypt i think.  Allah the Almighty!! Subhanallah!!

Waallahua'lam...

Thursday, December 9, 2010

Ratikus

Tahukah kau
Kehadiran kau tidak disukai
Tidak di alu-alukan di sini
Di sini bukan tempat kau
Nyah kau dari sini

Kau
Bukan seekor malah berekor-ekor
Perosak harta benda
Bukan perosak bangsa
Tapi bangsa kau rosak nama

Tahukah kau
Walaupun kau kecil
Janganlah berlagak comel
Hari-hari aku mengomel
Kerana buruknya kau punya pael

Kau
Buatkan aku berhalusinasi
Berwaspada dengan kehadiran kau
Anger meter aku melebihi had kali ini
Tak dapat aku atasi

Tahukah kau
Sudah banyak kali
Kau telah menjadi mangsa
Dengan tangan ini
Geli tidak terkata

Kau
Yang tak pernah surut
Yang degil macam siput
Kita akan berpisah
Bukan bermakna aku mengalah

Selamat tinggal kau ratikus
Semoga kau jangan berjumpa dengan aku lagi

Jika tidak, nahas kau ratikus!


We are wonderpets!! not a disaster  =D


Kau patut berterima kasih kepada aku ratikus kerana aku telah membuatkan kau satu puisi yang begitu indah untuk kau. sekaligus kau menjadi popular seperti wonderpets. jangan sesekali kau merindui aku. bye bye hope not to see you again.. 

wallahua'lam.. =D

Tuesday, December 7, 2010

Pindah randah

Bersempena 1 muharam ini  (1 Muharam 1432H), aku di sini mengucapkan.. 
"selamat tahun baru" 
kepada pembaca-pembaca dan seluruh kaum muslimin muslimat serata dunia. Awal muharam mengingatkan kembali kisah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Makkah ke Madinah. Perpindahan yang membawa erti dan kesan yang besar dalam sejarah Islam. Terjalinnya persaudaraan di antara kaum muhajirin dan ansar yang sebelum ini bermusuhan bertahun-tahun. Islam mula berkembang pesat, ummat Nabi Muhammad makin bertambah. Syiar Islam tersebar meluas ke seluruh nusantara. tidakkah anda berbangga dan bersyukur kerana anda dilahirkan di dalam nikmat iman dan islam?? alhamdulillah.. 

Sebelum Nabi Allah memulakan langkah perpindahan ini, banyak rintangan dan cubaan yang perlu baginda serta kaum muslimin tempuhi. Bnyak juga mehnah-mehnah serta ancaman dari kaum musyrikin quraiysh terhadap mereka. Jika tidak kerana semangat, kecekalan hati, keyakinan untuk menegakkan islam, maka tidaklah kita dapat merasa nikmat serta hidup di dalam kehidupan islam, tidak juga dapat meraikan 1 muharam. Hijrah bukan sahaja dari aspek berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, ianya juga menyentuh tentang perpindahan hati dan perbuatan dari yang kurang baik ke arah yang lebih elok. senangkah untuk berubah?? bersediakah anda untuk berubah?? 


Jom nyanyi lagu satu muharam!! .. 
1 Muharam detik permulaan..Perkiraan tahun Islam Hijrah..la la la 
(sambung lah sendiri) =D


Bercerita tentang perpindahan ini, aku rasa aku juga akan berpindah. Macam mesir ini dilanda banjir je, nak kena pindah-pindah. Sebenarnya berpindah ke rumah baru. Aku kira-kira, sudah bnyak kali aku berpindah sejak 5 tahun menetap di mesir. boleh la dalam 3 kali rasanya. Masuk yang akan datang ni 4 lah. ish2. tergeleng-geleng kepala aku dibuatnya. berpindah rumah ni bukan kegemaran aku sebenarnya. Mana tak nya, setiap tahun barang-barang persendirian mula banyak, dengan buku-buku yang semakin hari semakin tidak cukup almari untuk diletak, baju-baju lagi.. memang meletihkan. Tak sanggup aku nak pindah lagi. Tapi apa yang boleh dibuat, masalah yang tidak boleh dielak. Terpaksa juga diturutkan. Mungkin dengan berpindah ini sesuatu yang baik akan berlaku. hope soo.. 


Aku sayang rumah ini. Kalau boleh aku tak nak pindah. Walaupun rumah ni buruk, lama, banyak hujan debu turun kat dapur tu sampai kene buat khemah, dengan penumpang yang tak berbayar lagi, bilik yang tidak boleh dibuka tingkapnya, tapiii aku sayang nak tinggal engkau wahai rumah Camp Syizar. dah la tingkat bawah, tak perlu untuk memanjat tangga atau menaiki lif. keluar rumah, banyak kedai-kedai runcit, kedai makan, kedai firakh masywi, kedai baiki itu ini. waaaaaaaaaa... menjerit melolong hati aku tak mahu pindah. tak nak kemas barang. tak mau tak mau tak mauu!!! (*o*)!!


Back to reality. Hujung bulan ini aku kene pindah setelah sebulat suara keputusan dibuat. hurm.. Awan-awan hitam akan mula menyelubungi aku. Jangan ada petir sudah kang jadi epilepsy pula. Bila difikir-fikir balik, aku baru tersedar bahawa aku akan berpindah balik ke tempat dimana aku mula-mula menetap setibanya di mesir iaitu Syatby (nama tempat). Tapi di rumah yang berlainan lah. Di rumah yang baru nanti insyaAllah akan bersebumbung dengan kawan-kawan yang sudah lama rapat dan satu geng kira nya. Tapi se geng mana pun aku tetap rasa janggal untuk meneruskan dua tahun lagi di Mesir ini bersama mereka. Aku berharap perasaan ini cepat-cepatlah hilang di bawa angin. fuh fu fuuuhhh... insyaAllah kullu khaiiirr


Hoh! esok bermulanya round department baru. bermain dengan kanak-kanak lah pula. Siap la kamu budak-budak, kakak datang nak buli kamu semua. muahahaaa. <kejam nye> Kesian mereka sebenarnya. Dah la sakit. Kecik-kecik lagi dah ditimpa dugaan dengan penyakit. Semoga Allah menguatkan mereka semua. Paediatrics here i come!!


Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana dipermudahkan segala urusan di dalam peperiksaan OSCE dan mid term neuro tempoh hari. Walaupun rasanya banyak salah, itu semua hasil kesilapan dan kekhilafan aku sendiri, <padan muke aku sapa suruh tak study betul-betul> Next round i will do may best insyaAllah. Semoga angan-angan ini bukan seperti hangatnya tahi ayam or tahi kuda yang banyak bersepah di jalan mesir ini. wallahua'lam... (T_T)" 


jom sama-sama menghayati lagu ini.. :)


Nowseeheart, Saujana, Unic, Aeman - HIJRAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...