Aku bersimpati melihat si ibu muda itu. Ibu pada si anak kecil itu. Kepala anaknya diusap-usap, didukungnya erat-erat. Wajah si ibu muda itu kelihatannya tidak menampakkan ceria. Si anak yang masih kecil terbatuk-batuk, pucat mukanya. “anakku tidak seperti anak-anak yang lain..kesian anakku” gusar hati si ibu.
Si kecil permata pertama bagi si ibu muda itu, yang sepatutnya membawa kebahagian dan kegembiraan seisi keluarga kini menjadi si kecil yang membuatkan jiwa si ibu dan si bapa keluh kesah. Mungkin ini ujian dari Allah s.w.t terhadap mereka. Dia lah yang berkuasa terhadap sesuatu. Maka bersabarlah wahai si ibu, wahai si bapa.
Jantung si anak kecil yang berdegup agak kencang, meresahkan jiwa si ibu. Organ yang sangat penting bagi tubuh si kecil itu didapati mempunyi congenital anomaly iaitu ventricular septal defect (VSD) yang bermaksud septum pembahagi di antara dua chambers (ventricle) jantungnya itu mempunyai lubang samada kecil atau besar. Peredaran darah menjadi tidak seperti biasa, melencong ke laluan yang tidak sepatutnya. Peparu nya juga turut terlibat akibat anomaly di jantungnya itu. Si kecil terdedah kepada recurrant chest infection dan pulmonary hypertension yang boleh membawa fatal jika tidak dirawat dengan segera.
Penyakitnya itu membuatkan dia tidak sedap badan, irritable, keletihan dan sukar bernafas serta kebiruan di mukanya lebih-lebih lagi apabila dia menyusu badan dari si ibu. Ini menyebabkan si kecil mengalami failure to thrive jika dia tidak mendapat nutrisi dan susu ibu yang mencukupi.
Senyuman si kecil menggugat jantungku. Renungan matanya meruntun jiwa. Oh, si kecil, betapa kuatnya kamu menghadapi ujian itu walaupun kamu masih kecil. Aku, yang sebesar ini, tidak kuat rasanya jika diberi ujian seperti itu. Tidak tertanggung beban. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Si kecil, semoga kamu cepat-cepat sembuh. Jadi anak yang kuat, yang soleh, berbakti pada ibu dan ayahmu yang banyak berjasa. Rabbuna yuqawwi..amin ya Rab
Wallahua’lam..
No comments:
Post a Comment