Rainbow after the storm (not in Egypt) |
Status-status di mukabuku terutamanya dari kawan-kawan seangkatan, banyak mengomen perihal cuaca buruk yang menimpa negara ini. Masing-masing tidak lepas peluang berkongsi idea dan pengalaman 'risky behavior' pada hari-hari tersebut. Mana tidaknya, kuliah di tepi pantai mediterranean. Air ombak sangat tinggi, menghempas pantai dan batuan pantai begitu kuat, memercikkan air masin sehinggakan membasahi corniche. Gerun tidak terkata..
Air mula sejuk membeku. Lebih sejuk daripada peti ais kiranya. Bilik dah jadi fridge tidak berelektrik. Nak mandi pun berfikir 100 kali. Menggigil badan sejuk tak terkata. Nasib baik tidak mencapai tahap gangren tangan dan kaki. Malam-malam tidur tak lena dan semestinya mandi tak basah. Tetapi, makan lagi selera nampaknya, tambah lemak untuk membakar agaknya. Selimut pun banyak buat kerja. Mata asyik mahu tertutup saja. huhuuu...
Semangat di musim sejuk ini semakin mendingin nampaknya. Extremities membeku, capillaries mengecut. harap-harap otakku tak membeku. Jika tidak froze la traffic neurotransmitter dan electrical stimulant dari satu neuron ke neuron yang lain dalam nervous system ni. Aku tak boleh biarkan diri aku berhibernasi seperti ratikus si makhluk kecil yang sakarang ini nampaknya bertapa di gua tempat persembunyian mereka. Amanlah kau di sana ya.
Bila musim sejuk nak rasa panas, bila musim panas mengeluh nak sejuk. hish, manusia ini memang susah hendak bersyukur. Bersyukurlah kerana Allah masih menjaga dan memelihara kita daripada segala musibah yang menimpa. Mungkin kejadian ini merupakan massages dari Allah agar kita membuka mata melihat kekuasaannya dan sentiasa beristighfar serta mengingatiNya. Jika kita alpa, maka cepat-cepatlah kita kembali semula. Life is a road for remembering Him. Open your eyes widely to see His greatest signs. Semoga hati kita dekat dengan Nya..
No comments:
Post a Comment