Thursday, December 9, 2010

Ratikus

Tahukah kau
Kehadiran kau tidak disukai
Tidak di alu-alukan di sini
Di sini bukan tempat kau
Nyah kau dari sini

Kau
Bukan seekor malah berekor-ekor
Perosak harta benda
Bukan perosak bangsa
Tapi bangsa kau rosak nama

Tahukah kau
Walaupun kau kecil
Janganlah berlagak comel
Hari-hari aku mengomel
Kerana buruknya kau punya pael

Kau
Buatkan aku berhalusinasi
Berwaspada dengan kehadiran kau
Anger meter aku melebihi had kali ini
Tak dapat aku atasi

Tahukah kau
Sudah banyak kali
Kau telah menjadi mangsa
Dengan tangan ini
Geli tidak terkata

Kau
Yang tak pernah surut
Yang degil macam siput
Kita akan berpisah
Bukan bermakna aku mengalah

Selamat tinggal kau ratikus
Semoga kau jangan berjumpa dengan aku lagi

Jika tidak, nahas kau ratikus!


We are wonderpets!! not a disaster  =D


Kau patut berterima kasih kepada aku ratikus kerana aku telah membuatkan kau satu puisi yang begitu indah untuk kau. sekaligus kau menjadi popular seperti wonderpets. jangan sesekali kau merindui aku. bye bye hope not to see you again.. 

wallahua'lam.. =D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...