Semalam call family tercinta. owh, miss them like crazy. nasib baik call clear je. alhamdulillah. my mom pun tak complain dah. rindu my mom's voice!! but my dad and the youngest bro were not at home. sob2.. next time kite borak2 lg. anyway, banyak news yang dapat dikorek dan 'ter'bocor semalam. memang nice lah.huhu..
My sister dah start kerja. being flexible teacher in a school which surrounded all around by forests.haha.. sekolah ulu mana la yang dia dapat. apapun bersyukurlah kerana masih diberi dan dipermudahkan rezeki oleh Allah s.w.t. Dapat gaji 1st mesti seronok giler. katanya hendak dibuat kenduri nanti. alhamdulillah..jgn lupa orang di sini juga ya =P
Adik aku dapat anugerah dekan lagi. memang hebat. kalah aku nampaknya. tahniahlah ye cik adik skema =P.
Adik aku lagi yang telah habis exam besarnya itu banyak membuang masa dirumah nampaknya. goyang kaki selepas pulun study yang rasanya tak lah rajin bebenor pulunya. tak pa lah. setiap individu itu ade tahap keupayaan diri sendiri. just do your best and be a good son. jangan buat masalah banyak ye. =P
Adik aku lagi sudah pandai bawa motor nampaknya. boncingkan my dad ke surau dah. nice! maknanya, adik aku dah semakin meninggilah dan matang nampak gayanya. tambah lagi driver moto kat rumah. yes! dia cepat betul membesar tapi tidak melebar. kurus kering sampai dari jauh dapat aku bilang ribs dia. =P
Rumah sudah siap renovate. cuma dinding tidak bercat lagi kata my mom. mana tak nya, hujan mencurah-curah turun setiap hari. rumah arwah nenek aku di pasir mas sure dilanja banjir tapi rumah tu jenis rumah yang tiang tinggi. jadi tidak risau sangatlah jika air bah naik. wah, tiba-tiba rindu untuk mendayung kolek kecil, berenang bersama saudara mara di sana + lintah besar-besar. (>.<)!
Sepupu aku dah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. aku bila pula?? haha.. sabar itu separuh dari iman. bagi chance kat orang-orang tua dulu menjadi raja sehari. semoga anda berbahagia selalu ya =)
wallahua'lam..
2 comments:
lintah?hebatnya kamu!
hehe
btw..nk kawen jmput ye!
hoho.. insyaAllah org jemput 1 mlysia sbb menang bola. =D
Post a Comment