Thursday, December 30, 2010

Strange Cases

Yesterday and several days before, during clinical round at pediatrics department, i'd opportunities to see some strange cases which i never seen before.


(Hypertelorism)
(1) A case of a young girl with hypertelorism which is an abnormally increased distance between two organs or bodily parts, usually referring to an increased distance between the eyes (orbital hypertelorism), seen in a variety of syndromes include Apert syndrome, Noonan syndrome, Crouzon syndrome,  1q21.1 duplication syndrome, Cri du chat syndrome and so on. this girl having Richard schinzel syndrome if i'm not mistaken. i inspected her abdomen and she had no nipples, the trunk was bit large and she urinate through urinary catheter, she can walk, talk slightly, smile to others... (kesian adik tu..) 


(hypotonia)
(2) 11 month baby girl having a disease called Werdnig-Hoffmann disease (neuromuscular disease). this poor baby had severe hypotonia (floppy baby), atrophic muscles mass, absent tendon reflex, tongue fasciculation, recurrent respiratory infection, pronated position of upper limbs.. ya Allah, seriously she's so cute. so adorable. but this disease have no specific treatment,no cure and only supportive measures can be given to her.. 


(3) A young girl having thalassemia (blood disorder) which presented by very huge spleen (splenomegaly). unfortunately i'd no opportunity to palpate her abdomen, i think she will refused to be examine by anyone. But by just inspection, she had huge distended abdomen (like pregnant women) while her body was just small. the rest of findings i didn't know in detail. i'd found similar cases before in adult patient (in surgery department last year) but case of very huge splenomegaly in children is the first time for me to see it..


(not that baby)
(4) Pernah dengar tak kisah 'bayi ular'? bayi yang dilahirkan rupanya seperti ular. baru2 ni, di Hospital Syatby, Alex kecoh dengan kelahiran bayi ini yang sebenarnya mempunyai Harlequin type ichthyosis (harlequin ichthyosis, ichthyosis congenita, keratosis diffusa fetalis). sejenis penyakit kulit yang parah (severe hyperkeratosis) disebabkan berlakunya mutasi pada genABCA 12 which is responsible for production of certain protein essential for growth of normal skin. so, mutation of gen ABCA12 leads to ABCA12 proteins loss of its functions in forming normal epidermis. Hal ini menghalang kulit dari mendapatkan perlindungan yang berkesan lalu menyebabkan kulit menjadi keras dan bersisik. 
Aku sempat melawat bayi itu di resuscitation room. aku ingin melihat dengan mata kepala sendiri. masyaAllah! kesian dia. keadaannya sangat daif.. lapisan keratin kulitnya menebal all over the body membentuk sisik-sisik tebal kemerah-merahan. semasa aku masih dlm bilik itu, that baby still breathing dengan bantuan oxygen. then, i got news that herliquin baby passed away on the same day in the evening. innalillah.. mungkin itu yang terbaik untuknya. sememangnya, bayi Harlequin selalunya tidak dapat bertahan untuk hidup lama. Hal ini kerana rekahan-rekahan pada kulit yang mengeras tersebut memudahkan bakteria atau bahan tercemar menembusi badan seterusnya mengakibatkan jangkitan yang boleh membawa maut.


Bermacam-macam kejadian yang pelik-pelik berlaku sekarang ini kan? tapi bila di renungkan kembali, semua penyakit/kejadian ini adalah merupakan satu ujian dari Allah s.w.t agar kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, yang sudah lengkap pada diri kita. Dia juga mahu menunjukkan betapa Dia Maha Berkuasa ke atas sesuatu kejadian dan hanya Dia yang mengetahui dan memilik ilmu yang sangat luas berbanding dengan ilmu manusia yang terbatas. sama-samalah mengambil iktibar atas segala kejadian yang berlaku di atas muka bumi ini...


Wallahua'lam...


p/s: i'm laking in grammar. hate it since in primary school till now. if there is mistakes, just ignore it..haha (^o*)' toing2!

Monday, December 27, 2010

Bola

TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA !!!
MALAYSIA BOLEH !!!
Ooo Yeah !!

Aku bangga giler dengan kemenangan skuad Malaysia semalam di mana Malaysia telah melawan Indonesia dalam perlawanan bola sepak piala suzuki AFF 2010. such brilliant moves. walaupun pada mulanya Malaysia dikalahkan teruk oleh pasukan negara seberang dengan 5-1, Malaysia menapak dengan lebih berani sehinggalah tiba ke perlawanan akhir. kekalah sebelum ini dijadikan pacuan semangat mereka. wah, aku betul-betul kagum. bukan mudah untuk menang dan bukan senang untuk membawa Malaysia ke puncaknya. betapa besar tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu para pemain. congratulation again!.. 

Sedihnya aku tak dapat nak tengok match semalam. i wish i could be at the stadium last night.. =( 

Kenapa kita tak mahu menjadi seperti mereka, pemain2 skuad kebangsaan?? kita juga rakyat Malaysia. kita juga boleh menjadi yang terbaik, boleh mengharumkan nama negara. walaupun kita tak turun ke padang untuk berlawan, tapi kita boleh turun ke bidang masing2 dan do our best to master it dan kemudian dicurahkan segala ilmu utk membntu masyarakat. betol tak? so, let start our moves and plan our paths to achieve our aim and mission. (^.^)



wallahua'lam...

Saturday, December 25, 2010

A Call

       Semalam call family tercinta. owh, miss them like crazy. nasib baik call clear je. alhamdulillah. my mom pun tak complain dah. rindu my mom's voice!! but my dad and the youngest bro were not at home. sob2.. next time kite borak2 lg. anyway, banyak news yang dapat dikorek dan 'ter'bocor semalam. memang nice lah.huhu.. 
       My sister dah start kerja. being flexible teacher in a school which surrounded all around by forests.haha.. sekolah ulu mana la yang dia dapat. apapun bersyukurlah kerana masih diberi dan dipermudahkan rezeki oleh Allah s.w.t. Dapat gaji 1st mesti seronok giler. katanya hendak dibuat kenduri nanti. alhamdulillah..jgn lupa orang di sini juga ya =P
       Adik aku dapat anugerah dekan lagi. memang hebat. kalah aku nampaknya. tahniahlah ye cik adik skema =P. 
       Adik aku lagi yang telah habis exam besarnya itu banyak membuang masa dirumah nampaknya. goyang kaki selepas pulun study yang rasanya tak lah rajin bebenor pulunya. tak pa lah. setiap individu itu ade tahap keupayaan diri sendiri. just do your best and be a good son. jangan buat masalah banyak ye. =P 
        Adik aku lagi sudah pandai bawa motor nampaknya. boncingkan my dad ke surau dah. nice! maknanya, adik aku dah semakin meninggilah dan matang nampak gayanya. tambah lagi driver moto kat rumah. yes! dia cepat betul membesar tapi tidak melebar. kurus kering sampai dari jauh dapat aku bilang ribs dia. =P
        Rumah sudah siap renovate. cuma dinding tidak bercat lagi kata my mom. mana tak nya, hujan mencurah-curah turun setiap hari. rumah arwah nenek aku di pasir mas sure dilanja banjir tapi rumah tu jenis rumah yang tiang tinggi. jadi tidak risau sangatlah jika air bah naik. wah, tiba-tiba rindu untuk mendayung kolek kecil, berenang bersama saudara mara di sana + lintah besar-besar. (>.<)!  
        Sepupu aku dah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. aku bila pula?? haha.. sabar itu separuh dari iman. bagi chance kat orang-orang tua dulu menjadi raja sehari. semoga anda berbahagia selalu ya =)




wallahua'lam..

Thursday, December 23, 2010

Ilyoum iTa'ban

Exhausted day. otak dan badan dah letih. mlm semlm tidur tak lena. mlm ini wallahua'lam. harap2 keletihan ini cepatlah berlalu dan hilang selepas badan mendapat isterehat yg secukupnya. banyk benda nk di tulis sebenarnya. tetapi akibat tiredness yg melampau-lampau, jari jemari tekan saja mana yang terlintas. spontaneous fingers-brain association.

Isn't my new blog's background template is nice? such nice.love it. love daisy =) ada sape2 nk kasi sy bunge idup tak? anyone? anybody? bunga plastic i reject. huhu.. hidup ak penuh dengan bunga rupanya. bukan minah bunga ya. no no no. tp wallpaper kt mana2 je, laptop ke, fb punye profile pic, mesti based on flowers with cool and soft colour background. sejuk mata memandang. ceria bila dilihat.

Tadi naik lori dengan ammu (pakcik) yang best. apa yg best nye die bawak dia punya lori secara mengundur. 'gostan'. punye la bedebar ak yang duduk kt depan ni. tp mmg hebat lah ammu ni. smooth je die undurkn lori tu dari 1 simpang besa ke simpang lain. jauh plak tu lori undur. jalan pulak jln utama. klu jln biasa ni x kesah la sangat. hoho. mmg thumbs up la for ammu lori !

Love like oxygen. without love we doesn't exist. love make life stable and in peace. all together are in balance. we need love. we must have love and be loved by others. the true greatest love we must obtain is love from Allah, the Only Creator.

Today's nasehah:
CARILAH HATIMU SEWAKTU MEMBACA AL-QURAN.... JIKA KAMU TIDAK TEMUI, CARILAH HATIMU KETIKA MENGERJAKAN SOLAT,JIKA KAMU TIDAK TEMUI,CARILAH HATIMU KETIKA DUDUK TAFAKUR MENGINGATI MATI..., JIKA KAMU TIDAK TEMUINYA JUGA BERDOALAH KEPADA ALLAH PINTA HATI YANG BARU...." 


Wallahua'lam..

Tuesday, December 21, 2010

Si Kecil

Aku bersimpati melihat si ibu muda itu. Ibu pada si anak kecil itu. Kepala anaknya diusap-usap, didukungnya erat-erat. Wajah si ibu muda itu kelihatannya tidak menampakkan ceria. Si anak yang masih kecil terbatuk-batuk, pucat mukanya. “anakku tidak seperti anak-anak yang lain..kesian anakku”  gusar hati si ibu.

Si kecil permata pertama bagi si ibu muda itu, yang sepatutnya membawa kebahagian dan kegembiraan seisi keluarga kini menjadi si kecil yang membuatkan jiwa si ibu dan si bapa keluh kesah. Mungkin ini ujian dari Allah s.w.t terhadap mereka. Dia lah yang berkuasa terhadap sesuatu. Maka bersabarlah wahai si ibu, wahai si bapa.

Jantung si anak kecil yang berdegup agak kencang, meresahkan jiwa si ibu. Organ yang sangat penting bagi tubuh si kecil itu didapati mempunyi congenital anomaly iaitu ventricular septal defect (VSD) yang bermaksud septum pembahagi di antara dua chambers (ventricle) jantungnya itu mempunyai lubang samada kecil atau besar. Peredaran darah menjadi tidak seperti biasa, melencong ke laluan yang tidak sepatutnya. Peparu nya juga turut terlibat akibat anomaly di jantungnya itu. Si kecil terdedah kepada recurrant chest infection dan pulmonary hypertension yang boleh membawa fatal jika tidak dirawat dengan segera.

Penyakitnya itu membuatkan dia tidak sedap badan, irritable, keletihan dan sukar bernafas serta kebiruan di mukanya lebih-lebih lagi apabila dia menyusu badan dari si ibu. Ini menyebabkan si kecil mengalami failure to thrive jika dia tidak mendapat nutrisi dan susu ibu yang mencukupi.

Senyuman si kecil menggugat jantungku. Renungan matanya meruntun jiwa. Oh, si kecil, betapa kuatnya kamu menghadapi ujian itu walaupun kamu masih kecil. Aku, yang sebesar ini, tidak kuat rasanya jika diberi ujian seperti itu. Tidak tertanggung beban. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Si kecil, semoga kamu cepat-cepat sembuh. Jadi anak yang kuat, yang soleh, berbakti pada ibu dan ayahmu yang banyak berjasa. Rabbuna yuqawwi..amin ya Rab

Wallahua’lam.. 

Monday, December 13, 2010

Sa3ah awi kholis

Rainbow after the storm (not in Egypt)
Winter sudah datang lagi. hujan dan ribut menjadi pembuka musim. Selama dua hari pergi ke kuliah di tolak dan melawan angin yang kencang. nasib baik tidak diterbangkannya sekali (aku dah berat mungkin). Hujan air dan hujan batu semua aku redah semata-mata untuk ke kuliah. Pokok-pokok banyak tumbang, condong, batang lampu jalan banyak yang sudah lentok, papan tanda jatuh menghempas bumi, pondok telefon yang selama ini berdiri tegak kini terbaring di tanah. Terdapat juga kematian akibat ribut yang melanda dua hari lepas. Inalillahiwainnailaihi rojiun. Maka, aku sentiasa berwaspada. Hanya Allah tempat aku berlindung. Sungguh dasyat penangan musim sejuk tahun ini nampaknya...

Status-status di mukabuku terutamanya dari kawan-kawan seangkatan, banyak mengomen perihal cuaca buruk yang menimpa negara ini. Masing-masing tidak lepas peluang berkongsi idea dan pengalaman 'risky behavior' pada hari-hari tersebut. Mana tidaknya, kuliah di tepi pantai mediterranean. Air ombak sangat tinggi, menghempas pantai dan batuan pantai begitu kuat, memercikkan air masin sehinggakan membasahi corniche. Gerun tidak terkata..

Air mula sejuk membeku. Lebih sejuk daripada peti ais kiranya. Bilik dah jadi fridge tidak berelektrik. Nak mandi pun berfikir 100 kali. Menggigil badan sejuk tak terkata. Nasib baik tidak mencapai tahap gangren tangan dan kaki. Malam-malam tidur tak lena dan semestinya mandi tak basah. Tetapi, makan lagi selera nampaknya, tambah lemak untuk membakar agaknya. Selimut pun banyak buat kerja. Mata asyik mahu tertutup saja. huhuuu...

Semangat di musim sejuk ini semakin mendingin nampaknya. Extremities membeku, capillaries mengecut. harap-harap otakku tak membeku. Jika tidak froze la traffic neurotransmitter dan electrical stimulant dari satu neuron ke neuron yang lain dalam nervous system ni. Aku tak boleh biarkan diri aku berhibernasi seperti ratikus si makhluk kecil yang sakarang ini nampaknya bertapa di gua tempat persembunyian mereka. Amanlah kau di sana ya.

Bila musim sejuk nak rasa panas, bila musim panas mengeluh nak sejuk. hish, manusia ini memang susah hendak bersyukur. Bersyukurlah kerana Allah masih menjaga dan memelihara kita daripada segala musibah yang menimpa. Mungkin kejadian ini merupakan massages dari Allah agar kita membuka mata melihat kekuasaannya dan sentiasa beristighfar serta mengingatiNya. Jika kita alpa, maka cepat-cepatlah kita kembali semula. Life is a road for remembering Him. Open your eyes widely to see His greatest signs. Semoga hati kita dekat dengan Nya..

Hujan air batu

Ombaaaakk besaar !!
Air melimpah ke jalanan. ombak menggunung.
Traffic jam giler2 punye

Those pictures were taken by M Photography, picturing the real bad weather occurred two days ago in Alexandria and most of places in Egypt i think.  Allah the Almighty!! Subhanallah!!

Waallahua'lam...

Thursday, December 9, 2010

Ratikus

Tahukah kau
Kehadiran kau tidak disukai
Tidak di alu-alukan di sini
Di sini bukan tempat kau
Nyah kau dari sini

Kau
Bukan seekor malah berekor-ekor
Perosak harta benda
Bukan perosak bangsa
Tapi bangsa kau rosak nama

Tahukah kau
Walaupun kau kecil
Janganlah berlagak comel
Hari-hari aku mengomel
Kerana buruknya kau punya pael

Kau
Buatkan aku berhalusinasi
Berwaspada dengan kehadiran kau
Anger meter aku melebihi had kali ini
Tak dapat aku atasi

Tahukah kau
Sudah banyak kali
Kau telah menjadi mangsa
Dengan tangan ini
Geli tidak terkata

Kau
Yang tak pernah surut
Yang degil macam siput
Kita akan berpisah
Bukan bermakna aku mengalah

Selamat tinggal kau ratikus
Semoga kau jangan berjumpa dengan aku lagi

Jika tidak, nahas kau ratikus!


We are wonderpets!! not a disaster  =D


Kau patut berterima kasih kepada aku ratikus kerana aku telah membuatkan kau satu puisi yang begitu indah untuk kau. sekaligus kau menjadi popular seperti wonderpets. jangan sesekali kau merindui aku. bye bye hope not to see you again.. 

wallahua'lam.. =D

Tuesday, December 7, 2010

Pindah randah

Bersempena 1 muharam ini  (1 Muharam 1432H), aku di sini mengucapkan.. 
"selamat tahun baru" 
kepada pembaca-pembaca dan seluruh kaum muslimin muslimat serata dunia. Awal muharam mengingatkan kembali kisah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Makkah ke Madinah. Perpindahan yang membawa erti dan kesan yang besar dalam sejarah Islam. Terjalinnya persaudaraan di antara kaum muhajirin dan ansar yang sebelum ini bermusuhan bertahun-tahun. Islam mula berkembang pesat, ummat Nabi Muhammad makin bertambah. Syiar Islam tersebar meluas ke seluruh nusantara. tidakkah anda berbangga dan bersyukur kerana anda dilahirkan di dalam nikmat iman dan islam?? alhamdulillah.. 

Sebelum Nabi Allah memulakan langkah perpindahan ini, banyak rintangan dan cubaan yang perlu baginda serta kaum muslimin tempuhi. Bnyak juga mehnah-mehnah serta ancaman dari kaum musyrikin quraiysh terhadap mereka. Jika tidak kerana semangat, kecekalan hati, keyakinan untuk menegakkan islam, maka tidaklah kita dapat merasa nikmat serta hidup di dalam kehidupan islam, tidak juga dapat meraikan 1 muharam. Hijrah bukan sahaja dari aspek berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, ianya juga menyentuh tentang perpindahan hati dan perbuatan dari yang kurang baik ke arah yang lebih elok. senangkah untuk berubah?? bersediakah anda untuk berubah?? 


Jom nyanyi lagu satu muharam!! .. 
1 Muharam detik permulaan..Perkiraan tahun Islam Hijrah..la la la 
(sambung lah sendiri) =D


Bercerita tentang perpindahan ini, aku rasa aku juga akan berpindah. Macam mesir ini dilanda banjir je, nak kena pindah-pindah. Sebenarnya berpindah ke rumah baru. Aku kira-kira, sudah bnyak kali aku berpindah sejak 5 tahun menetap di mesir. boleh la dalam 3 kali rasanya. Masuk yang akan datang ni 4 lah. ish2. tergeleng-geleng kepala aku dibuatnya. berpindah rumah ni bukan kegemaran aku sebenarnya. Mana tak nya, setiap tahun barang-barang persendirian mula banyak, dengan buku-buku yang semakin hari semakin tidak cukup almari untuk diletak, baju-baju lagi.. memang meletihkan. Tak sanggup aku nak pindah lagi. Tapi apa yang boleh dibuat, masalah yang tidak boleh dielak. Terpaksa juga diturutkan. Mungkin dengan berpindah ini sesuatu yang baik akan berlaku. hope soo.. 


Aku sayang rumah ini. Kalau boleh aku tak nak pindah. Walaupun rumah ni buruk, lama, banyak hujan debu turun kat dapur tu sampai kene buat khemah, dengan penumpang yang tak berbayar lagi, bilik yang tidak boleh dibuka tingkapnya, tapiii aku sayang nak tinggal engkau wahai rumah Camp Syizar. dah la tingkat bawah, tak perlu untuk memanjat tangga atau menaiki lif. keluar rumah, banyak kedai-kedai runcit, kedai makan, kedai firakh masywi, kedai baiki itu ini. waaaaaaaaaa... menjerit melolong hati aku tak mahu pindah. tak nak kemas barang. tak mau tak mau tak mauu!!! (*o*)!!


Back to reality. Hujung bulan ini aku kene pindah setelah sebulat suara keputusan dibuat. hurm.. Awan-awan hitam akan mula menyelubungi aku. Jangan ada petir sudah kang jadi epilepsy pula. Bila difikir-fikir balik, aku baru tersedar bahawa aku akan berpindah balik ke tempat dimana aku mula-mula menetap setibanya di mesir iaitu Syatby (nama tempat). Tapi di rumah yang berlainan lah. Di rumah yang baru nanti insyaAllah akan bersebumbung dengan kawan-kawan yang sudah lama rapat dan satu geng kira nya. Tapi se geng mana pun aku tetap rasa janggal untuk meneruskan dua tahun lagi di Mesir ini bersama mereka. Aku berharap perasaan ini cepat-cepatlah hilang di bawa angin. fuh fu fuuuhhh... insyaAllah kullu khaiiirr


Hoh! esok bermulanya round department baru. bermain dengan kanak-kanak lah pula. Siap la kamu budak-budak, kakak datang nak buli kamu semua. muahahaaa. <kejam nye> Kesian mereka sebenarnya. Dah la sakit. Kecik-kecik lagi dah ditimpa dugaan dengan penyakit. Semoga Allah menguatkan mereka semua. Paediatrics here i come!!


Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana dipermudahkan segala urusan di dalam peperiksaan OSCE dan mid term neuro tempoh hari. Walaupun rasanya banyak salah, itu semua hasil kesilapan dan kekhilafan aku sendiri, <padan muke aku sapa suruh tak study betul-betul> Next round i will do may best insyaAllah. Semoga angan-angan ini bukan seperti hangatnya tahi ayam or tahi kuda yang banyak bersepah di jalan mesir ini. wallahua'lam... (T_T)" 


jom sama-sama menghayati lagu ini.. :)


Nowseeheart, Saujana, Unic, Aeman - HIJRAH

Friday, November 19, 2010

Raya & oLiDay

Walaupun sudah beberapa hari berlalunya hari raya, masih belum terlambat untuk aku ucapkan kepada ahli keluarga, kawan2 yang jauh mahupun dekat, seluruh kaum muslimin dan muslimat seluruhnya: SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.. 
"hidup perlukan pengorbanan"

Aku tidak kemana di musim cuti korban ini. berkurung. sudah 3 hari rasanya tidak mendapatkan cahaya matahari. haha.. bila keluar pergi kelas esok agak2 boleh pengsan. (@.@)!

Kami di sini beraya awal sehari daripada Malaysia. setelah solat hari raya di masjid, aku dan ahli bait terus melangkah ke rumah member2 di sini untuk beraya bersama. dalam 3 atau 4 buah rumah jugak yang telah kami redah. rumah aku?? CLOSED HOUSE! haha.. alhamdulillah, terima kasih kepada kawan2 yang telah menyediakan juadah di rumah terbuka yang semestinya sedap belaka sampai buncut perut dibuatnya.

Biskut raya, kuih muih, coktail, nasi himpit, lontong, soto, mee kari, nasi bukhari, nasi minyak dan rendangnya, rendang tok, nek, cu, cit ..semua ada. semua itu bercampur baur di dalam stomach ku ini yang distended selama sehari. keesokan harinya aku serik dan tidak keluar rumah beraya dah. haha.. =P

Sebelum bercuti hari tu, aku berazam untuk revise O&G, tapi, apakan daya. azam ku tidak kesampaiaan kerana aku telah terbabas pergi melancong ke Korea selama beberapa hari, melihat actor2 King Baker Kim Tak Gu membuat roti2 yang nampak sungguh menyelerakan. sehinggakan aku berangan-angan ingin membuka bakery sediri.hohohohooo (^.-)

Esok dah start klas balik. kenapaaaaa???? haih. begitu tidak bersemangat rasanya. neuropsychiatry round ini tidak menarik minatku nampaknya. dan sememangnya aku tidak bercita-cita untuk menjadi pakar saraf ataupun pakar sakit mental. kang lama-lama aku pula yang seangkatan dengan mereka yang sakit jiwa. nauzubillah...

Semalam aku bersama teman telah menonton movie (di atas katil saja) : Shutter Island. siapa yang tak tengok lagi, tengoklah khususnya budak-budak yang tengah ambil neuropsychiatric round sekarang ini. memang mental la movie ni. permulaan yang berbelit-belit sehinggalah kami faham akhirnya jalan cerita nya. di situ, aku mula faham bahawa nak mengambil full history from mentally ill patient is not easy and history itself are too long. untuk memulihkan mereka bukannya mudah. untuk mengawal mereka amatlah susah. maka, i don't want to be a psychiatrist!!

Semoga aku lebih bersemngat esok dan hari-hari seterusnya. mid term dan osce exam 2 minggu lagi ye. maka, be ware and prepare yourself properly.. gud luck to me and adios!
wallahua'lam....
Di pagi raya yang indah - bersama ahli bait ku yang cun =P

Monday, November 15, 2010

Mari beramal

Hari ini adalah hari Arafah, iaitu hari  yang ke-9 dari bulan Zulhijjah di mana banyak kelebihan pada hari 10 pertama bulan Zulhijjah. tidak ramai yang mengetahui ganjaran disebalik hari2 ini. kebanyakan kita hanya mengetahui kelebihan pada malam 10 terakhir ramadhan sahaja dan berebut2 utk mendapatkannya. kenapa kita tidak cuba merebut pahala dan ganjaran pada 10  hari pada bulan Zulhijjah?? aku sendiri alpa..

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa Baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.


Maka rebutlah peluang pada 10 hari Zulhijjah ini dengan melakukan amalan2 yang dianjur padanya. antaranya:


1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan.
2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”. 
3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya.
4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. 
5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya.
6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). 
8. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah.
10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.


Jom berpuasa beramai-ramai pada hari ini. never to late utk merebut peluang2 sebegini. lakukanlah amalan2 soleh keranaNya. niat mestilah betul, bukan untuk mejaga ego (bila tengok org berpuasa sunat, dia pon turut nak puasa juge hanya utk bermegah diri). seperti kanak-kanak yang singkat akalnya. insyaAllah kita tidak begitu. semoga segala amalan dan ibadah diterima Allah.. wallahua'lam =)



Sunday, November 14, 2010

Kembali ke muara

on the way to destination

"...walau bertemu dipersimpangan..
yang tawar kekal tawar..
yang masin kekal masin..
ia kekal dengan sifatnya.. 
takkan berubah waima sekejap.."




Seharian, dari pagi sampai ke petang aku dan 59 lagi akhawat Alex berjalan-jalan meneroka alam ciptaan Ilahi serta tinggalan2 sejarah pada zaman Islam terdahulu (Uthmaniyah) di lokasi yang bernama Rashid. Rashid adalah sebuah pelabuhan yang terletak 65km timur iskandariah di Bahira. di sana terdapat tempat2 menarik yang boleh dilawati antaranya kubu, bangunan kuno, hamam Azzouz, Abu Shahin Mill dan muzium. bertemankan camera nikon ku yang tak seberapa ini, aku snap mana2 yang menarik ketika berada di sana.

Banana's taxis..hehe

Rashed Muzium
Mohamad Ali Basha



Abu Shahin Mill-pengisar gandum & beras

Hamam Azzouz-tempat mandi yang dibina pada kurun ke-17

nice sky ; captured at the roof top of Qal'ah (Kubu)
tempat di mana bertemu nya air masin dan air  tawar


Alhamdulillah selamat perjalanan pergi dan balik kami. walaupun agak penat, berjalan bergambar dan berjalan lagi, tapi agak berpuashati dan bersyukur kerana diberi peluang. sebelum ini pihak Uni ade planned untuk buat trip ke sini, siap kutip duit semua dah. alih-alih, hampeh. duit entah kemana perginya, janji tidak dikotai. hurm.. sabar je lah. jika ada dasar penipuan di situ, maka hanya Allah dapat membalasnya nanti. at least, sekarang rashed dah aku jejaki. next?? ..wallahua'lam  =)


balik letih2, tak ade selera nak makan nasi. bile dah malam, mula perut bernyanyi-nyanyi. maka, makan lah apa yang ada. lauk sejuk fresh dari fridge diletak atasnya nasi yang masih panas. jimat masa jimat tenaga x perlu lauk dipanaskan. haha.. redah saja (*.^)!

Saturday, November 13, 2010

Keliru

Aku keliru. fikiran aku buntu. betulkah apa yang aku putuskan ini? adakah keputusan dan tindakan aku ini adalah benar dan betul buat aku? adakah Allah meredhainya?
(resah gelisah, haru biru)


MAKA
beristikharahlah


أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ الإِسْتِØ®َارَØ©ِ رَÙƒَعَتَÙŠْÙ†ِ Ù„ِلهِ تَعالىَ

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala



Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.


Doa selepas selesai solat istikharah:

"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........ baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."


Pilihan dibuat selepas meminta pertolongan dari Nya adalah lebih afdal dan membuatkan kita lebih yakin untuk memilih dan membuat keputusan. buatlah keputusan melalui perkiraan yang betul dan bukanlah dengan membuta tuli atau menurut hawa nafsu..


solat tiang agama, pengukuh jiwa





 

New courage, new dream

Alhamdulillah selesai sudah kem seminar ibadah pesakit kali ke-2 (pengkhususan dalam perbidanan dan sakit puan) yang telah berjaya dianjurkan oleh persatuan Perubatan PCI. bermula semalam sehingga hari ini. overall, banyak input-input yang dapat aku ambil dan dijadikan sumber bekalan untuk hari aku bergelar doctor kelak. jika aku sebagai muslimah tidak memahami masalah muslimah sendiri, aku rasa malu dengan diri sendiri. lebih-lebih lagi bila sudah bergelar Dr. banyak persoalan dan masalah dari pesakit2 nanti khususnya tentang wanita yang mungkin bagi kita perlu untuk mengetahuinya dan membantu mereka lebih2 lagi tentang ibadah. walaupun sesetengah isu bagi mereka dipandang mudah, tapi kita sebagai muslimah perlu membetulkan dan menasihati mereka yang alpa atau yang tidak mengetahui. 


contohnya : si ibu ini mengalami pendarahan berpanjangan selepas bersalin. tidak berhenti-henti selama 3 bulan. apakah jenis darah itu? adakah perlu si ibu itu menjalankan ibadah wajib yang sepatutnya di jalan kan?.. hurm.kalau tak tahu bagaimana nak deal dengan pesakit nanti (@.@)!


selain daripada mendapat input2 mengenai isu-isu perubatan dalam konteks hukum-hakam, syari'ah Islam, aku telah mendapat inspirasi daripada dokter2 pakar O&G yang datang dari Malaysia (penceramah) untuk cuba menjadikan O&G sebagai matlamat utama dalam bidang perubatan khususnya student perempuan. dulu, aku tidaklah beberapa minat dalam bidang ni, tapi sejak clinical last month in O&G department + pula saranan dari Dr2, aku mula memasang impian. iceh.. dan yang paling aku minat dalam bidang ni ialah mengenai masalah kesuburan wanita (infertility). sebabnya membantu pasangan yang susah untuk mendapatkan anak dan sangat menginginkan cahaya mata bg menyeri kehidupan mereka adalah satu usaha yang sangat murni. malah dapat menambahkan lagi bilangan ummat nabi Muhammad s.a.w. 


ART
It amaze when we can handle oocytes after derived from ovary (of the wife) and take out sperms from testicle (of the husband) and meet them both or inject sperm into the oocyes and observe them grows and multiplies (outside/in vitro). then put the zygote back to the uterus of the mother and make sure they save in there. when they are successfully born, i will be the most happiest person in the world after the couple. hoho.. i can't imagine that moment if it really occur to me. wooah! i pray so.. ameeenn =) 


Million thanks to Dr Ariza (Pakar runding perbidanan dan sakit puan Hospital Ampang Puteri), Dr Fatimah (Pakar runding perbidanan dan sakit puan Hospital Pakar Annur) and Prof Dr Ahmed Abd Aziz Ismail (Chairman of OB/GYN Department, Faculty of Medicine Alexandria University). Prof Dr Ahmed pernah ajar lecture infertility last year and he is the coolest, the best and the great Dr i've ever meet. he inspired me today and become my idol starting from now. haha.. =D


esok --> journey to somewhere in egypt. need to wake  up early tomorrow morning i suppose..wallahhua'lam..


during the seminar

Friday, November 12, 2010

Coret moret

Masa begitu cepat aku rasakan. tak sangka sudah 5 tahun aku di sini. mempelajari ilmu berkaitan dengan manusia. engineering of human body.hoho. nak jugak kan letak engineer. dengki ngan kawan2 yang ambil course tu. tp mungkin ini adelah my destiny. bersyukur saja and go on fighting toward it. bukan mudah utk mencapai cita-cita. sape kate jd cikgu mudah? sape kate jd engineer cool? sape kate jd doctor best? sape kate bla bla bla.. so stop complaining and just live your life up. be the best, not for others but for ourselves. 

Taxis in Alex
Sepanjang 5 tahun aku di sini, banyak pengalaman, suka duka kehidupan yang telah aku lalui. aku rasa banyak yang duka kot. mana tak nya, hari2 main dengan gelagat orang sini yang kadang2 tu rase fed up and menyampah sangat2. huh! tapi aku jenis yang tak suke tunjuk kegeraman aku secara real. kang nanti orang semua lari =P. rakyat sini juge pelik kenapa kami2 ni memilih univ di sini utk melanjutkan pelajaran. "bilady mush kuwaiyyis!" (negara aku tak elok). mereka sendiri mengaku. tak leh blah.. tambah2 lagi sekarang ini negara mereka mengalami inflasi. barang kebanyakannya naik harga. texi pon dah semakin demand. tempat yang dituju tak lah jauh sangat. biasanya boleh la kasi dalam 3 L.E tp sekarang, mahunya mintak 5 L.E. tak boleh lupe incident paga tadi. ya rab. rase nak tumbuk pacik (lingkungan umur 20 thn lebih) tu. pandainye lah nak tipu kami ni. mentang2 lah kami ni bukan rakyat kamu. senang2 nak bodoh2 kan kami. tau tak pacik. duit yang kamu ambil tu mungkin haram bagi kamu. semoga Allah membalas nya dengan balasan yang setimpal. Masalah memang banyak la bila berada di negara orang, jauh dari keluarga lagi. Biasa la tu kan. Aku patut bersyukur kerana aku still can cope with daily life’s problems and stress. Ini menunjukkan aku punye mental sehat. excellent mental health. yeay! Alhamdulillah..

(Closing bad stories)

Yang best nye hari ni aku cuti. Kami cuti. Yeay lagi!! Seminggu pulak tu, bersempena hari raya Aidiladha. Di sini hari raya korban disambut meriah, lebih happening daripada hari raye puasa. Setelah berhempas pulas dalam 1 bulan lebih di jabatan perbidanan dan sakit puan(Ob/Gyn) dan sekarang di jabatan neuropsychiatric, rase otak ini perlukan rehat rehat dan rehat sehingga terasa bosan dan mula membuka buku semula. Semangat yang sebelum ini sedikit demi sedikit hilang akan aku cari balik sampai ke lubang cacing. Mane tak nya exams OSCE dah nk dekat laaa..kabo sket. insyaAllah hopefully jumpe lah ye.

Raye dah nak dekat, tak korban ke?? Tahun ni aku tak berkorban kot sebabnya aku kira budjet duit tak cukup lah utk tahun ni. Banyak rasenye nk kene guna duit. Utk itu la, ini la. Barang dah mahal weh (complain lg). padahal dalam otak cuti ni nak pegi shooping tingkap di Green plaza, Care4, San Stefano. Window shopping je. Je!! Huh..haih. lembu2 dan kambing2 pun dah mula kelihatan di tepi kedai2, streets, belakang bangunan, dalam rumah mungkin ade kot. Org arab. Hoho.. bile lalu je kat jalan2 tu sure bau harum semerbak la. Tak tahan..haha. dah la rumah aku ardhi (tingkat bwh). Memang kalau bau binatang punye barang terbuang tu ade di jalan depan rumah ni mulalah menyusup masuk bilik aku melalui tingkap yang lame tak terbuka. Woaahh.. nak makan pun tak lalu.huhu..nak buat macam mana, sabar je lah. Tapi akan lebih seronok bila tiba hari raya yang merupakan hari berdarah; “dam 3ala toriq” (darah di jalanan).. nak tahu apekah hari berdarah itu? Tunggu entry hari raya korban nanti..(kalau ada)

Holiday kali ni spend kat alex je lah rasanya. Malas nak keluar. Lagi pun nak simpan duit sedikit untuk jadikan modal perjalanan insyaAllah ke Turki dan Greece pada cuti mid year nanti. Tak sabar pula rasanya. Setengah student yang lain ada keluar melancong ke luar egypt, ade yang pergi menyambut raya di kaherah. Masing2 mungkin sudah bertolak ke destinasi yang dituju. Wokeh. Now I want to start my holiday, enjoying it by watching movies!!! Haha.. (perhabiskan tengok sume movie yang ada dalam external then nak delete. Banyak lagi yang tengah tunggu turn untuk diisi) =P

Enjoy your times while you are not occupied by any works.. (^,-)// ..wallahua'lam..

  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...